Sudah menjadi lumrah dalam persahabatan khususnya bagi golongan lelaki, cara gurauan mereka memang cukup kasar. Berbanding dengan perwatakan wanita yang lemah-lembut, mereka biasanya bergurau dengan cara ‘gila-gila’ termasuklah membuat prank. Demikianlah penerangan yang sesuai menggambarkan situasi 2 orang sahabat ini tatkala bilik tidur mereka menjadi huru-hara kononnya berlaku sebuah bencana alam. Padahal, ada sesuatu yang tidak disedarinya.
BACA :Â Percaya Kononnya Ajak Buat Video TikTok, 9 Beradik Pedajal Mak Ayah Sendiri
Tengah syok tidur tiba-tiba gempa bumi
Rakaman berdurasi 41 saat berkenaan telah dikongsikan melalui video TikTok terlebih dahulu sebelum menjadi viral di ruangan Twitter. Ketika itu, mereka semua sedang tidur dengan lena sekali. Namun salah seorangnya mula menyelinap masuk ke bawah katil sebelum menggegarkannya dengan kuat.
https://twitter.com/orendraa/status/1222351524816277506?s=19
Terus meloncat selamatkan diri padahal…
Lucunya, pemuda berseluar merah yang sedang tidur di atas katil mula terjaga dan terus panik kerana menyangka gegaran berkenaan adalah berpunca daripada gempa bumi. Tanpa berfikir lagi, dia terus meloncat dari tempat tidurnya untuk menyelamatkan diri sebelum perkara lebih buruk terjadi.
Nanti kalau gempa betul-betul, dia ingat prank pula
Namun begitu, dia akhirnya sedar semua itu hanyalah prank selepas lelaki yang bersembunyi di bawah katil keluar memunculkan dirinya. Video itu berakhir dengan gelak tawa sebelum lelaki tadi kembali ke katilnya untuk menyambung tidur. Mendapat lebih 300,000 jumlah tontonan serta 17,000 retweet, rata-rata netizen kelihatan sangat terhibur dengan idea prank berikut dan mula membanjiri ruangan komen dengan pendapat lucu masing-masing.
Sumber : Twitter Oren