Tidak cukup dengan keputusan memanjangkan lagi tempoh pertandingan, pihak produksi sekali lagi mengejutkan peminat Gegar Vaganza 2019 apabila menobatkan 2 orang juara sekali gus iaitu Naqiu Boboy serta Hardy Mirza. Nyatanya, perkara ini membuatkan peminat terkesima memandangkan masing-masing sudah membuat jangkaan siapakah yang bakal menjulang tempat pertama. Selain itu juga, pusingan battle yang dipersembahkan menerusi 3 gandingan peserta tidak kurang menambahkan rencah pada pusingan final semalam.
BACA :Â [VIDEO] Syok Nyanyi Untuk Birthday Tok Ram, Satu Dewan Berdekah Bila Kek Sampai
Gandingan battle paling mantap
Antara gandingan yang paling mencuri tumpuan sudah tentunya penyanyi ‘otai’ iaitu Jatt Ali serta Sham Visa dalam mempersembahkan lagu genre hip hop berjudul ‘Angguk Angguk Geleng Geleng’. Merujuk semula kata-kata pengacara Nabil Ahmad serta Jihan Muse, ini merupakan detik yang paling dinantikan pada pusingan panas berkenaan. Bukan sahaja mendapat lagu cukup rancak, malahan penampilan hipster mereka yang persis seperti anak muda jelas mengejutkan semua hadirin dalam dewan tersebut.
Teruja untuk bergandingan bersama
Jelas vokalis kumpulan Black Dog Bone itu sendiri, kalau boleh dia juga enggan menyanyikan lagu rap kerana genre itu agak berbeza dengan lagu-lagu yang sering dinyanyikan sebelum ini. Tambah Sham pula, Jatt sememangnya seorang artis berpengalaman dalam bidang nyanyian sehingga dia berasa teruja untuk melalui battle itu.
Inilah battle paling kelakar…Untuk ‘otai’ memang letih
Meskipun ia menjadi pertarungan yang sangat mencabar buat mereka berdua, namun persembahan berkenaan berjaya menghidupkan suasana apalagi kedua-duanya berinteraksi bersama penonton dengan begitu bertenaga sekali. Melihat kepada ruangan komen, mereka dihujani dengan pelbagai komen positif dan menyifatkannya battle itu sebagai persembahan yang cukup melucukan.
Sumber : Youtube MindOrder Management