Saat dunia sedang diduga dengan penularan wabak baru koronavirus sejak beberapa bulan ini, tak dinafikan bahawa semua pihak semakin berhati-hati agar tidak dijangkiti. Mana tidaknya, pandemik itu belum lagi ditemukan lagi vaksin yang berhasil menyembuhkan selain telah meragut ribuan nyawa secara global setakat ini.
BACA:Â Sanggup Tipu COVID-19 Demi Dapat MC, Doktor Hilang Sabar Hadap Sikap Orang Awam
Gelagat spontan wanita & petugas perubatan jadi viral
Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang sebuah video yang menampilkan petugas perubatan membuat pemeriksaan saringan terhadap seorang wanita di hadapannya. Meskipun lokasi sebenarnya tak diketahui, namun kedua-dua individu berkenaan kelihatan cukup berwaspada dengan wabak itu apabila mengenakan topeng penutup hidung dan mulut.
Terbersin depan doktor…habis kena spray
Tapi siapa sangka staf perubatan itu telah terperajat besar apabila individu di hadapannya tiba-tiba sahaja bersin semasa prosedur tersebut. Menariknya, dia malah sempat menyambar botol spray dengan sangat pantas sekali gus ‘menyahkuman’ wanita terbabit.
Bila kau bersin depan doktor….
Doktor:- *spray spray spray* pic.twitter.com/6rBIgYC8uQ
— @Tok_Tek (@Tok_Tek) March 23, 2020
Cubaan seorang doktor mematikan virus dengan hosnya sekali
Gara-gara kejadian yang tidak semena-mena itu, wanita lengkap tampil dalam pakaian serba putih itu gelak terbahak-bahak hingga hampir terjatuh dibuatnya. Video yang berdurasi 7 saat itu nyata telah menghiburkan ramai pihak serta memperoleh lebih 260 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen malah berseloroh tentang naluri petugas lelaki itu yang sangat cepat membasmi kuman sebelum sempat sampai kepadanya.
Sumber: Twitter Tok_Tek