Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

13th October 2019
in Hiburan
[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!
600
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi yang mengikuti perkembangan tukang masak selebriti iaitu Datuk Chef Wan di laman Instagram pasti tahu bahawa beliau gemar bergurau senda dengan ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil ‘Cik Ani’. Semalam, ibunya menyambut ulang tahun kelahiran ke-89 di kediaman mereka yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa rakan rapat Chef Wan menerusi perkongsian di IG miliknya.

BACA : [VIDEO] ‘Ronda’ Dapur Restoran Baru, Ragam Ibu Datuk Chef Wan Buat Ramai Ketawa

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

My boyfriend!

Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah majlis sederhana terbabit turut menerima kedatangan seorang chef selebriti Kanada iaitu David Rocco bersama buah tangan sebiji kek durian cheese. Difahamkan, David yang juga salah seorang rakan karib chef selebriti itu singgah ke rumahnya sewaktu dalam perjalanan ke KLIA untuk sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran yang bermakna itu.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Mak letak tangan kat paha dia (David Rocco)

Ketika David memberikan ucapan kepada Cik Ani, wanita itu mengatakan bahawa chef tersebut merupakan teman lelakinya. Sebaik diusik oleh anaknya supaya mengucup David, Cik Ani terus melakukannya dengan penuh kasih sayang. Dalam pada itu, ibu Chef Wan sempat berseloroh tentang umurnya iaitu 17 tahun sambil disambut oleh gelak tawa para tetamu di situ.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Happy sweet 17th birthday Cik Ani (Swipe kiri untuk video)

Menjengah ke IG David Rocco pula, dia turut berkongsikan beberapa moment istimewa termasuklah beberapa video menari bersama Cik Ani untuk rancangan televisyen baru-baru ini. Menerusi kapsyen posting tersebut, David menitipkan ucapan hari lahir buat ibu rakan baiknya itu.

View this post on Instagram

A post shared by David Rocco (@davidroccosvita)

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

Saya tak boleh berhenti ketawa..amboi Cik Ani!!

Keletah Cik Ani dan tukang masak dari Kanada ini ternyata mencuit hati ramai ramai. Dalam pada itu, ruangan komen IG Chef Wan juga dihujani banyak komen netizen yang rata-ratanya tidak ketinggalan membuat ucapan hari lahir kepada Cik Ani. Di samping itu, ada juga di antara mereka yang mendoakan kesihatan buat wanita yang berusia 89 tahun ini.

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

Sumber : IG Chef Wan , David Rocco

Tags: boyfriendChef WanCik Anidavid roccohadiahke-89kelahiranulang tahun
Next Post
[VIDEO] “My Boyfriend..” – Hadiah Hari Jadi Ibu Chef Wan Ke-89 Tak Nak Kalah!

Ibu Dah 4 Hari Tak Benyawa, Anak OKU 12 Tahun Ditemui Kelaparan Di Bilik Air

Jubah Dubai Berlian, Elegan & Mewah!
HONOR Magic7 Pro 5G: Kecerdasan AI, Prestasi Luar Biasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)