Keluarga Viral

[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun

[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun
Rasaflix

Sharing is caring!

Lazimnya, jarak umur anak-anak dalam sesebuah keluarga biasanya cuma selang beberapa tahun saja. Walau bagaimanapun rezeki zuriat adalah anugerah, ada juga suami isteri yang sangat beruntung apabila memperoleh cahaya mata baru pada lewat usia. Namun yang paling mencuri tumpuan apabila jarak umur dengan adik-beradik lain sangat jauh.

BACA: Adik Gagal Tahan Sebak Jadi Wali, Berat Nak Lepaskan Kakak Jadi Isteri Orang

Jarak umur 16 tahun adik baby disangka anak…agak kekok bila dipanggil kakak

Setelah sekian lama bergelar anak bongsu, gadis bernama Nur Hanis Najihah ini mengakui agak kekok apabila dapat gelaran kakak pula. Hal ini kerana ‘title‘ tersebut dirampas oleh ahli baru dalam keluarganya. Gara-gara jarak umur 16 tahun, bayi tersebut malah sering disalah ertikan sebagai anaknya. Namun lama-kelamaan gadis ini boleh terima semua perkara tersebut, malah adik bongsunya itu kini telah masuk usia setahun lebih.


@nurrhaniss_

16 thun jarokk😩 rse kekok jugk mula mula tpi skrg adek besor dh♥️ #NewyearNewmi #fyp #fypppppppppppppp #tiktokganu

♬ DJ tau tak perlu merayu – Jepri Nur

Kalau tak tahu mesti anggap suami isteri…seronoknya baby dapat manja dengan abang & kakak yang dah besar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh bahawa adik-beradik Nur Hanis bagaikan sebuah keluarga yang lengkap apabila mereka berkumpul sekali. Siapa sangka, rupa-rupanya ramai juga yang ‘senasib’ dapat adik bayi malah ada yang jarak usia hingga 25 tahun. Secara keseluruhan, video terbabit telah meraih lebih 100 ribu jumlah views di aplikasi TikTok setakat ini.

[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun

[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun


[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun

Sumber: TikTok @nurrhaniss_

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Muda-Muda Disangka Dah Ada Anak, Rupanya Beza Umur Adik Bongsu 16 Tahun

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram