Viral

[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..

[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, gurau senda dan usik mengusik antara suami isteri menjadi salah satu rencah kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Bahkan, kebanyakan wanita sentiasa mengharapkan partner masing-masing memanjakan diri mereka sama seperti waktu bercinta dahulu. Kalau tak dilayan, bersiap sedialah para suami kena cari jalan untuk memujuk semula.


BACA: Tak Kisah Kena Perli Ikut Kehendak Bini, Bahagiakannya Punca Rezeki Melimpah

Konon merajuk dengan suami sebab tak pakai baju sama warna…tersenyum lepas dipujuk

Tular di TikTok, Juliana Ahmad sengaja berpura-pura merajuk selepas suaminya dikatakan enggan memakai baju warna hitam sedondon sepertinya dan anak. Apabila isteri mula tarik muka dan enggan teruskan bercakap, lelaki tersebut lantas memegang dagunya untuk memeriksa riak wajahnya. Enggan mengeruhkan keadaan, dia mengusik bayi lelakinya sebelum memberikan satu kucupan di pipi isteri kesayangan. Lucunya, prank tersebut seolah-olah tidak menjadi selepas dia dilihat gagal menahan senyuman.


@njulianaahmad

Serius aku duk tahan nak gelak!! 😂

♬ Glow Up – IZΛ

Sweet habis suami dia, terus tak jadi nak merajuk…tengok video ni terus rasa nak kahwin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa ‘cair’ melihat reaksi lelaki berkenaan tatkala cuba untuk memujuk Juliana Ahmad. Selain berseloroh kononnya hendak berkahwin, mereka juga ingin merasai detik manis tersebut. Secara keseluruhan, video berdurasi kurang 30 saat itu telah meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..

[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..

[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..

Sumber: TikTok njulianaahmad

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Merajuk Tak Pakai Baju Sama, Sekali Bini ‘Cair’ Termakan Pujuk Suami..

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram