Selain keluarga, tidak dinafikan kawan merupakan antara individu yang paling rapat dengan kita. Bukan sahaja berkongsi pelbagai moment suka dan duka sepanjang perkenalan, malah mereka juga sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati teman masing-masing. Demikianlah ‘pengorbanan’ seorang pemuda yang mana videonya telah tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini sehingga menjadi perhatian ramai.
BACA:Â Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis
Member ajak teman pergi dating kat mall…sekali ‘terciduk’ sebab lonely dekat belakang tanpa partnerÂ
Muhammad Zulhelmi menyatakan bahawa sahabatnya telah mengajak untuk menemani keluar dating bersama teman wanita di sebuah pusat membeli-belah. Seolah-olah sukar menolak pelawaan, lelaki berkenaan bersetuju untuk menjadi peneman setia di belakang kedua-dua individu tersebut. Lucunya, dia dilihat bersendirian pada ketika itu sempat berpura-pura mengesat air mata sebelum terus mengekori mereka yang sedang rancak berbual.
@zulhelmi.94 bila mmber ajak teman..ceq terciduk arr😫#fyp #zulhelmi_muhammad #aceyourstyle
Pernah juga teman member pergi dating… tapi sabar sajalah, inshaAllah akan dapat jodoh juga nanti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati di atas nasibnya kerana menjadi sasaran kawan baiknya untuk pergi dating. Selain mendoakan agar Muhammad Zulhelmi segera dipertemukan jodoh, mereka juga berkongsi pengalaman masing-masing tatkala menemani rakan. Secara keseluruhan, video tular tersebut telah meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok Muhammad Zulhelmi