Bukan semua lelaki dan wanita yang mendirikan rumah tangga terus dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Ada yang bersedih kerana terpaksa menanti selama bertahun-tahun untuk memiliki zuriat. Akan tetapi, kita pasti gembira jika kawan rapat hamil seperti yang dialami oleh Instafamous terkenal iaitu Atierah Zulfatie atau lebih dikenali Beby Tora.
BACA: Baru Buat Surprise Minggu Lepas, Usahawan Reda Isteri 2 Bulan Hamil Keguguran
Member satu kolej sedang tunggu masa nak bersalin
Menerusi posting di Instagram, Beby Tora telah berkongsi paparan video bersama dengan rakan sekolejnya. Selepas membawa haluan masing-masing dan mendirikan rumah tangga, kini rakannya dikatakan sedang menantikan detik untuk melahirkan anak.
Excited tunggu ‘anak buah’ baru…usap perut kawan untuk ambil berkat
Bahkan isteri kepada Apit Johari itu mengakui bahawa teruja menunggu kehadiran ‘anak buahnya’. Dalam masa masa , Beby Tora sempat mengusap baby bump rakannya itu dengan harapan diberikan rezeki untuk memiliki cahaya mata kelak.
Cepat atau lambat, rezeki anak akan tiba tak lama lagi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga mendoakan agar Beby Tora diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Selain itu, mereka juga mencadangkan agar Instafamous berkenaan mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan menjalani kehidupan dengan sihat. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram beby_torator