Susulan penularan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, banyak institusi pendidikan mula mengambil pendekatan dengan melakukan kelas secara atas talian. Tidak dinafikan, pasti ada cabaran setiap kali proses pembelajaran diadakan namun berbeza pula dengan kisah mencuit hati yang berlaku kepada seorang lelaki ini.
BACA:Â Nenek ‘Korek’ Simpanan, Beli Telefon Pintar Agar Cucu Dapat Ikuti Kelas Online
Tengah khusyuk dengar pensyarah ajar, sekali ada orang datang & kepala kena serkup dengan plastik
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang pemuda yang dikenali sebagai Haikal berkongsi kejadian lucu tatkala kelas online berlangsung. Sedang khusyuk mendengar lecturer mengajar, muncul dua orang lelaki secara tiba-tiba dan lantas menyerkup kepalanya dengan plastik. Lucunya, dia seolah-olah cuba dibawa lari oleh individu berkenaan agar tidak berada dalam sesi kuliah. Dalam pada itu, pensyarahnya yang menyedari perkara tersebut juga sempat memanggil nama pelajarnya.
https://twitter.com/idwfasleep/status/1321435046511661058?s=19
Dia punya akal nak ponteng kelas, memang level A…untung dapat pensyarah yang boleh melayan
Rentetan kejadian ini, Haikal menyatakan bahawa telah memohon maaf kepada pensyarahnya di atas gurauan yang dilakukan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat jejaka berkenaan yang kononnya cuba menggunakan muslihat tersebut untuk ‘lari’ dari kelas online. Selain itu, mereka juga menganggap dia beruntung kerana mempunyai pensyarah yang boleh melayan perangai ‘gila-gilanya’.
Sumber: Twitter idwfasleep