Industri muzik K-pop kini semakin berleluasa dan setiap artis pasti memiliki kumpulan peminat masing-masing. Walau bagaimanapun, wujud pula fans yang terlebih taksub sehingga sanggup membuat perkara di luar jangkaan sehingga mampu memudaratkan orang lain. Kali ini, ahli ‘Running Man‘ Jeon So-min pula yang terkena tempias tersebut.
BACA:Â Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan
Blackpink jadi tetamu ‘Running Man‘, Somin tiba-tiba masuk menari sekali
Dalam episod 525, kumpulan Blackpink membuat persembahan pendek setelah diumumkan sebagai tetamu. Walau bagaimanapun, Somin yang tiba-tiba menyertai tarian tersebut telah buatkan semua ahli ‘Running Man‘ terkejut. Rupa-rupanya, aktres berkenaan dikehendaki menari sebagai penalti setelah kalah dalam episod lepas.
Tendang Jisoo ketika main game, fans yang taksub mula kecam Somin di IG
Tak cukup dengan itu, Somin juga dilihat tertendang salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo ketika sedang bergelut dalam sebuah permainan. Disebabkan babak itu, peminat taksub kumpulan K-pop ini mula naik angin dan bertindak menulis komen yang kurang menyenangkan di Instagram.
Ia cuma sebuah permainan, kenapa perlu benci dia? Semua game Running Man memang main kasar
Di ruangan laman Facebook Koreaboo pula, ramai netizen kurang setuju dengan kata-kata yang dilemparkan fans taksub itu. Malahan, ramai yang faham bahawa rancangan realiti ini memang selalunya akan bermain kasar dalam kesemua permainan mereka.