Kemeriahan majlis perkahwinan di negara ini sering disambut dengan pelbagai cara. Antara acara wajib yang diadakan semasa wedding adalah sesi karaoke dan para tetamu berpeluang mendendangkan apa sahaja lagu mengikut kemahuan mereka. Tapi siapa sangka, dua beradik yang menyanyi di majlis kahwin ini telah menjadi viral dek kerana kelunakan suara mereka.
BACA : [VIDEO] Nyanyi Untuk Majlis Konvo Sendiri, Suara Kembar Ini Buat Ramai Meremang
Adik dengan abang yang sempoi…anugerah Allah bila ada kelebihan suara merdu ni
Melalui perkongsian @MiraAlqadree di laman Tiktok, dua orang pemuda sedang menyanyikan lagu karaoke yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Exist bertajuk ‘Alasanmu’. Dapat dilihat, si adik yang berdiri bersama-sama pemuda bersongkok ini sedang asyik menghayati nyanyian mereka. Walaupun si abang menyanyi dalam keadaan duduk, namun ia tetap tidak menjejaskan kepaduan suaranya lebih-lebih lagi semasa part tarik di dalam lagu berkenaan.
https://www.tiktok.com/@miera__alqadree/video/6902980030897392898?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjwvMbWNqAPBnb%2BRDR3G%2FKIc2BZunXNr1c2Cn3qfjSV2oV33IWULk0D8EQhT0e7rcdKvm8wkCQPeCMVyiXEaAA%3D%3D&language=en&mid=6902979989889714945&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAATiANUHGbepRTZoQ4E9LGBmCqUWTL6srL7LT_56lgpmIDMd-FLs0zeJQ7eOGxIEdP&share_item_id=6902980030897392898&share_link_id=C10CDC4A-13FC-4125-8E2F-87754F8011E3×tamp=1607330952&tt_from=copy&u_code=dbm0878eg65k9g&user_id=6814510375414432769&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t
Tengok lebih 10 kali suara merdu sangat…adik beradik ni memang terbaikla
Video yang berdurasi 58 saat ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan di aplikasi Tiktok. Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata pujian terhadap suara adik beradik ini. Selain itu, mereka turut merasakan bahawa suara si abang lebih padu daripada adiknya. Ada juga yang meminta pemilik video ini untuk berkongsikan kesinambungan rakaman nyanyian dua beradik ini.
Sumber : Tiktok @MieraAlqadree