Masyarakat kita sering kali ‘dimomokkan’ dengan bermacam kisah hubungan dingin atau menyeramkan antara menantu dan ibu mentua, secara tak langsung beri bayangan negatif buat yang bakal mendirikan rumah tangga. Namun hakikatnya, ramai yang bertuah kerana dapat bakal mak mentua yang jenis sporting dan senang ‘ngam’ seperti seorang gadis dari Sabah ini.
BACA:Â [VIDEO] Amboi Mengadanya Si Bulus Manja Siap Nak Makan Bersuap
Gadis cantik ini selalu diajak pergi event keluarganya…jadi ‘anak emas’ keluarga buah hati
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, gadis cantik yang mesra disapa Umaisya ini bukan saja diterima baik malah siap jadi kesayangan ibu teman lelakinya. Dia juga sering diajak untuk pergi bercuti bersama oleh bakal mak mentuanya tersebut.
‘Kamceng’ macam BFF dengan bakal mak mentua…sampai dianggap macam anak sendiri
Selain tidak kekok berinteraksi secara berdepan dengan keluarga buah hatinya, mereka juga saling rapat di ruangan media sosial. Dalam pada itu, gadis berikut senang membahasakan diri dengan panggilan seperti mak dan anak kandung bersama bakal mentuanya itu.
https://www.tiktok.com/@umaisyaaa/video/6914103222101609730?lang=en
Rupanya keluarga buah hatinya tiada anak perempuan…seronoknya, inilah impian setiap gadis
Menjengah ke ruangan komen, Umaisya turut mendedahkan bahawa teman lelakinya tidak mempunyai sebarang adik-beradik perempuan. Di samping tumpang gembira dengan berita tersebut, ada juga netizen yang ‘cemburu’ kerana tak pernah mendapat layanan mesra sepertinya. Keseluruhannya, video TikTok ini telah meraih lebih 150 ribu jumlah tontonan.