Setiap suami isteri pasti berharap untuk memiliki cahaya mata dalam keluarga masing-masing. Namun bukan semuanya beruntung, ada yang masih lagi ternanti-nantikan zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Biarpun soal rezeki ini ditentukan oleh Yang Maha Esa, tetapi setiap daripada kita perlu berikhtiar sedaya upaya dan jangan mengalah.
BACA:Â Penantian Penuh Sabar Selama 21 Tahun, Akhirnya Timang Anak Sulung Melalui IVF
6 tahun berkahwin tidak memiliki cahaya mata…penuh cabaran menjalani rawatan IVF
Menerusi aplikasi TikTok, Puan Aeen Seman mendedahkan pengalaman struggle bersama suami sepanjang menjalani rawatan IVF selepas 6 tahun tidak mempunyai anak. Antara pengorbanan yang perlu dilakukannya adalah perlu buat injection setiap hari di perutnya. Malah bukan sahaja kerap mengambil supplement, wanita itu harus mendapatkan rehat yang cukup serta permakanan sihat.
Berhabis hingga cecah RM30 ribu lebih…bayaran juga bergantung pada jenis badan seseorang
Tambahan lagi, dia juga telah membelanjankan wang hingga cecah kos lebih RM30 ribu. Katanya lagi, setiap rawatan adalah berbeza dan turut bergantung pada keupayaan tubuh badan masing-masing.
@noorainseman Pejuang 2 garis kami Insan terplih utk melalui proses ivf💪#fyp #fypシ #ladybossairizskinz
Semoga dipermudahkan & dapat anak soleh solehah…syukur dapat suami yang memahami
Secara keseluruhannya, video tersebut meraih lebih 70 ribu tontonan dan rata-rata netizen terharu menyaksikan perjuangan suami isteri itu. Selain mendoakan urusannya dipermudahkan, ada juga daripada mereka yang sempat berkongsi pengalaman sayu masing-masing.
Sumber: TikTok Aeen Semat