Setiap wanita berhijab mesti pernah rasa stress bila tudung yang dipakai tidak menjadi. Adakalanya sampai boleh menghilangkan mood seseorang itu. Mana tidaknya, semua orang pasti mahu kelihatan cantik dan kemas terutamanya golongan hawa. Oleh itu, perkongsian video tentang cara-cara iron tudung bawal supaya awning kekal on point ini mungkin dapat membantu anda di luar sana.
BACA :Â Terdetik Pakai Tudung Di Bulan Ramadan, Zizi Kirana Sedih Ada Netizen Kecam..
Raih lebih 400 ribu views , cara pakai bawal on point.
Menurut perkongsian video gadis ini, langkah pertama adalah dengan menggosok tudung tersebut seperti kebiasaan. Selepas semua kedutan hilang, lipatkan tudung bawal tersebut kepada segi tiga. Seterusnya, secara perlahan-lahan letakkan kain tudung tersebut di atas iron board lalu gosokkan tudung itu dengan berhati-hati agar tidak terkena pada bahagian awning tersebut. Pada akhir video, dapat dilihat gadis ini menunjukkan hasil yang memuaskan ketika memakai tudung tersebut.
@suqmaa Reply to @cakaplaibuatlain Cara iron tudung bawal untuk awning yang cantik ✨ Result kat hujung video #fyp #smallbusinesscheck
Kenapa lepas 20 tahun baru tau, Sebelum ni tudung serabai je…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada gadis ini kerana telah berkongsikan tips yang sangat berguna. Terdapat juga yang menyatakan keberkesanan awning kekal on point setelah menggunakan cara gadis ini. Ada juga di antara mereka yang baru tahu setelah bertahun lamanya tentang kewujudan cara iron tudung seperti yang ditunjukkan.
Sumber : Tiktok Liviashawl