Mendirikan rumah tangga sekitar awal bulan September lalu, rumah tangga Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana nampaknya terus menjadi bualan netizen. Jika sebelum ini mereka menjadi perhatian selepas mengadakan majlis resepsi yang cukup meriah, kali ini gelagat Ardell bersama ibu mentuanya seolah-olah mencairkan hati netizen. Sejak dikongsikan menerusi Instagram Nadzmi tempoh lalu, video itu sudah meraih sekitar 377,000 jumlah tontonan.
BACA : [VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!
Mak malu…Suara mak macam katak panggil hujan
Dalam kapsyen yang dibuat oleh selebriti ini, dia sempat membuat ucapan khas bersempena dengan hari kelahiran ibunya. Mereka juga dilihat saling berbalas komen di posting berkenaan.
Dalam masa sama, Nadzmi ada merakam gelagat mereka sekeluarga ketika ligat menyanyikan lagu berjudul ‘Cinta Luar Biasa’ di dalam kereta.
Tiada kata yang terungkap bagi menggambarkan rasa kasih sayang. Selamat Hari Lahir pada ibu yang terbaik di dunia. Semoga Allah berkati Mak dengan kasih sayang, kekayaaan dan kebahagiaan!
Sweetlah menantu dan mak mentua macam ni
Paling menarik perhatian adalah apabila Ardell dilihat duduk dengan selesa atas pangkuan ibu mentuanya itu di tempat duduk hadapan. Seolah-olah merasa bahagia melihat hubungan isteri dan ibunya begitu akrab sekali, Nadzmi juga dilihat tersenyum manis sebelum ikut menyanyi pada penghujung video. Rata-rata netizen terus membanjiri ruang komen posting berkenaan dengan komen-komen positif sekali gus mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut.
Sumber : Instagram Nadzmi Adhwa