Viral

[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram

[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram
Rasaflix

Sharing is caring!

Melangsungkan pusingan separuh akhir semalam, konsert ‘Gegar Vaganza’ musim 7 menampilkan 7 orang peserta yang masih bertanding iaitu Noraniza Idris, Oja, Mus May, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Cliff Umar dan Ashira pada malam tadi. ‘Medley Outstation‘ pula menjadi tema apabila setiap peserta perlu menyanyikan sebuah lagu dari luar negara.

BACA: Kecundang Di Suku Akhir GV7, Ramai Tak Puas Hati Dengan Penyingkiran Yantzen

Berjaya nyanyi dalam Bahasa Tagalog, Tok Ram siap puji ‘Excellent‘ pada Linda Nanuwil

Mempersembahkan 2 buah lagu yang bertajuk ‘Anak’ dan ‘Teruskanlah’, Linda Nanuwil meraih tempat ketiga pada malam tadi dengan markah sebanyak 68.30% daripada para juri. Di samping menyanyikan lagu penuh dalam bahasa kebangsaan Filipina iaitu Tagalog, persembahan penyanyi berusia 36 tahun berkenaan turut diiringi dengan lakonan bayang-bayang di sebalik tirai putih. Umpama membuahkan hasil, Dato’ Ramli M.S. selaku salah seorang juri tetap akui sangat menyukai dan memuji penyampaian kedua-dua dendangan penyanyi tersebut.


Bukan sahaja baju & make up yang selalu on point, tapi Linda buat persembahan terbaik malam tadi

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Linda yang berjaya membawakan sebuah lagu dalam Bahasa Tagalog. Tidak cukup dengan itu, mereka turut berharap agar penyanyi kelahiran Sabah berkenaan berjaya meraih gelaran juara bagi ‘Gegar Vaganza’ musim 7 kali ini.

[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram

[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram


[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram

Sumber: FB Astro Gempak, IG Gegar Vaganza, YouTube 1M Channel

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Fasih & Merdu Bawa Lagu Filipina, Nyanyian Linda Nanuwil Dipuji Tok Ram

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram