Utama Hiburan Dulu Kecoh Dah Kahwin, Akhirnya Zizi & Ebby 'Bersanding' Di Pentas...

[VIDEO] Dulu Kecoh Dah Kahwin, Akhirnya Zizi & Ebby ‘Bersanding’ Di Pentas ASK

Selain barisan pemenang, pengacara beserta persembahan nyanyian yang mantap pada Anugerah Skrin 2019 (ASK) semalam, sebuah sketsa khas lakonan Zizi Kirana, Ebby Yus beserta Issey Fazlisham nampaknya membuatkan penonton tidak kering gusi. Jika anda masih ingat, berita kononnya Ebby Yus dan Zizi Kirana berkahwin pernah kecoh diperkatakan sekitar bulan Julai yang lalu. Semuanya bermula apabila gambar 2 artis berkenaan mengenakan busana pengantin menjadi viral walhal ia adalah sebahagian daripada penggambaran rancangan komedi televisyen sahaja.

BACA : [VIDEO] Tiba-Tiba Ghaib Dari Skrin Sebab Jatuh, Show Ayda Jebat Tetap Dipuji

Anje…terima kasih sebab buat majlis besar-besaran

Persembahan sketsa berdurasi 8 minit lebih yang berlangsung di pentas berprestij itu nampaknya seolah-olah menjadi ‘kesinambungan’ bagi kisah kontroversi mereka berdua. Tampil sepadan mengenakan baju pengantin berona peach, mereka berdua melangkah masuk ke pentas utama sambil melintasi ruangan kerusi penonton.




Terima kasih hadir pada majlis yang tidak disengajakan ini

Dalam pada itu, Ebby Yus sempat juga berseloroh mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan viralnya itu. Sepanjang sketsa ini berlangsung, rata-rata penonton nampaknya bergelak ketawa dengan punchline serta lawak-lawak yang dibuat oleh para pelakon. 

Time ni je tak boring…Memang kelakar tergelak depan TV

Bukan itu sahaja, watak Issey sebagai wedding planner yang terus berinteraksi dengan penonton nampaknya membuatkan persembahan mereka ‘hidup’. Sebelum berakhir, mereka sempat juga berlawan pantun manakala Zizi pula mula menyanyi dengan iringan muzik rancak. Menyaksikan persembahan pendek ini, kebanyakan netizen nyatanya begitu terhibur melihat gelagat pelakon dan mereka menyifatkan ini antara persembahan yang paling best.

Sumber : Youtube TV9 Malaysia Official dan TV3 Malaysia

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI