Di saat Malaysia sedang berhadapan dengan musibah COVID-19, tampil beberapa individu berpengaruh seperti Ustaz Ebit Lew yang sudi menyumbang bantuan kepada golongan tidak bernasib baik. Namun begitu, usaha murni tersebut juga telah mengundang rasa kurang senang segelintir pihak selain mendakwa figura pendakwah itu cuma mengejar populariti.
BACA :Perabot Habis Dijual, Bantuan Rumah Pun Ditolak.. Penduduk Kesal Difitnah
Dapat memberikan motivasi pada diri untuk buat kebaikan
Terpanggil berhubung isu tersebut, penceramah bebas PU Abu Sufyan tampil memberi pendapatannya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya. Tegasnya, mungkin tiada siapa menyangka bahawa aktiviti sedemikian mempunyai hikmah di sebaliknya. Malah ia juga dapat memberikan motivasi pada diri untuk turut sama melakukan kebaikan.
Cuba kita pandang dari sudut positif, tindakan Ustaz Ebit sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada kita untuk turut sama membantu mereka yang tak berkemampuan sepertimana dilakukan beliau. Bukankah itu kita panggil sebagai satu dakwah.
Buat kebaikan di media sosial,
dikatakan riak..
Ujarnya lagi, jika seseorang itu mahu memberi peringatan untuk melakukan kerja-kerja amal ia perlulah berbuat demikian dalam bentuk peringatan umum. Malah isu sama ada seseorang itu ikhlas atau riak dalam kerja amalnya tidak seharusnya timbul kerana ia adalah rahsia antara individu berkenaan dengan Allah.
Dalam dunia ni, kalau kita tak mampu nak buat baik macam beliau, doakan saja kebaikan untuknya.
https://www.instagram.com/p/B_QDdWbp6nz/?igshid=1d1b6xiuszh2k
Sumber : Instagram _sufyanmokhtar