Tidak dinafikan, setiap isteri pasti mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik dan solehah buat suami tersayang, kan? Bukan sekadar makan minum, berbakti dengan cara spontan sahaja pun boleh mengeratkan lagi hubungan dalam rumah tangga.
BACA:Serba Salah Suami Kena Cuci Pinggan, Tasha Manshahar Syukur Dapat Jodoh Caring
Sarungkan stokin pada kaki suami…tapi ada yang salah anggap
Tular di TikTok, Nurul Hekmah berkongsi sebuah video tatkala menyarungkan stokin kaki pada suaminya. Sambil memakai baju pengantin sedondon, wanita itu dilihat tidak kekok melayan lelaki berkenaan. Namun tanpa disangka paparan tersebut telah mendapat perhatian ramai, malah ada segelintir warganet yang beranggapan suaminya adalah golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
@nuruldesire_empire Majlis kali ke2 ❤️💍
Suami bukan golongan OKU, jelaskan perkara sebenar
Seolah-olah enggan membiarkan masyarakat membuat tanggapan yang salah, Nurul Hekmah telah memuat naik sebuah lagi video untuk menjelaskan perkara sebenar. Ujar wanita itu, suaminya bukanlah golongan OKU seperti yang disangka malahan nampak sempurna tatkala mereka keluar untuk mengambil gambar perkahwinan.
https://www.tiktok.com/@nurulhekmahhh/video/6906070493040889090?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjzsG9kCtGWZYdiFfH%2Fv%2FBvdtaV9nn3VQKMjXI7IZoDbnK6cKr3vhVjzxND5AwDEpn0C4TGeu99RlOvVBosaAA%3D%3D&language=ms&mid=6894584087684664066&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAe6BQveXXtq6rbwBkE76qYpC1wdsglwVhL-TlRLI90rS5LQE6jq4tiv7j74KLg87C&share_app_name=tiktok&share_item_id=6905900365946948865&share_link_id=e92bfd87-966a-43fe-aae0-7bbf86ed49dd×tamp=1608003655&u_code=dd9f479g3c11ii&user_id=6846567294101996545&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t
Tak salah jadi isteri solehah, abaikan je komen orang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata mengagumi sikap Nurul Hekmah kerana sanggup memuliakan suaminya sedemikian rupa. Selain itu, mereka juga berharap agar wanita itu mengabaikan kata-kata orang. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram nurulhekmahh, TikTok Nurul Hekmah