Dalam nilai pegangan hidup Islam, seorang wanita yang bergelar isteri sebenarnya amat beruntung kerana untuk masuk ke syurga. Jika dibandingkan dengan golongan lelaki, mereka perlu memenuhi 4 syarat saja iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga aurat maruahnya serta mentaati perintah suami. Bagaimanapun, tak dinafikan bahawa ramai masyarakat masa kini sukar untuk melakukan kewajipan keempat tersebut.
BACA:Â Ibu Bengang Anak Gagal Raih 100% Dalam Ujian, Tertekan Murid Lain Lebih Pandai
Suami OKU dipaksa mengemis di jalanan
Baru-baru ini, gelagat seorang lelaki kurang upaya (OKU) telah menjadi tular di laman sosial apabila dipaksa menjadi pengemis. Lebih menyayat hati, lelaki yang tidak mampu untuk berdiri berkenaan juga ditengking serta dimarahi oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.
Jangan balik kalau tak dapat sebarang hasil
Menurut pihak yang memuat naik paparan foto dan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar Palembang, Indonesia pada minggu lepas. Berdasarkan rakaman berdurasi 20 saat terbabit, wanita yang memakai helmet itu telah meninggikan suaranya serta memberi amaran bahawa dia tak dibenarkan pulang jika gagal mendapatkan hasil yang sepatutnya. Namun begitu, si suami pula tidak berdaya untuk melawan walaupun diseret dan hampir-hampir dibaling dengan batu.
Astaghfirullah sedih…beruntung la sekurang-kurangnya ada suami
Paparan yang sangat menyayat hati itu berjaya dirakam oleh beberapa orang awam yang melintasi kawasan berkenaan sebelum menjadi viral di negara republik itu. Susulan tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu, wanita tersebut telah dikritik hebat dan disaran agar segera memohon maaf kepada suaminya. Malah netizen juga mendoakan agar lelaki OKU itu sentiasa mendapat perlindungan daripada Yang Maha Esa.
Sumber: FB Florence Wong & My Media Hub