Sejak kemenangan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) beberapa minggu lalu, artis muda berbakat iaitu Naim Daniel semakin menjadi sebutan ramai. Namun begitu, kini terdapat pula spekulasi lanjutan berhubung isu hak cipta lagu ‘Sumpah’ oleh bekas teman wanitanya iaitu Dayana Amerda. Menerusi sebuah sidang media yang berlangsung di Kota Damansara semalam, wanita berusia 21 tahun itu menggesa Naim supaya jujur kepada umum bahawa lagu berkenaan merupakan ciptaan mereka bersama.
BACA: Kecoh Isu Hak Cipta Lagu ‘Sumpah’, Dayana Gesa Naim Daniel Jujur Hal Sebenar
SUMPAH aku tak faham kenapa tiba tiba Dayana Amerda ni baru muncul selepas sekian lama lagu sumpah ni jadi sumpahan buat kita semua! @naimdanielx pic.twitter.com/OttPLUaYnh
— ماريني يوسف ♡ (@meynimarini) February 19, 2020
Waktu Naim release lagu dah minta penjelasan
Tegas wanita yang sedang berbadan dua ini, dia sebenarnya sudah meminta penjelasan sejak berstatus tunangan orang lagi iaitu saat Naim mula-mula mengeluarkan single tersebut. Selain itu, Dayana juga hairan mengapa gambaran tentang dirinya wujud dalam muzik video berkenaan ketika ditemu bual oleh wartawan portal mStar semalam. Namun dia akhirnya bertindak mendiamkan diri sahaja kerana sibuk mempersiapkan diri ke arah perkahwinan dan telah memberikan penjelasan panjang dalam posting di Instagram tahun lepas.
Bukan soal royalti…nak bersihkan nama daripada dikecam netizen
Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa tujuannya menggesa Naim untuk bersikap jujur isu hak cipta lagu ‘Sumpah’ kerana sudah tidak tahan dikritik masyarakat. Antaranya adalah dia dituduh tamakkan royalti lagu tersebut dan dilabel ‘penunggang agama’ susulan berita penghijrahannya sebelum ini. Susulan itu, Dayana memberi tempoh masa selama seminggu bagi pihak penyanyi tersebut mengakui perkara sebenar sebalik karya tersebut sekali gus menuntut agar ia didaftarkan sebagai hasil ciptaan bersama.
Sumber: YouTube mStar Online & Twitter meynimarini