Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing

27th November 2020
in Viral
[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sawan adalah salah satu masalah kesihatan di mana berlakunya cetusan aktiviti elektrik mendadak di dalam otak. Kemudian, ia menjadi punca kepada perubahan atas tingkahlaku seseorang. Antara simpton ialah diam seketika dan anggota badan menjadi kejang. Jika terlambat diberikan rawatan, berkemungkinan nyawa seseorang boleh terjejas. Bukan sahaja kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak, malah orang dewasa juga cenderung menghadapi situasi tersebut.

BACA: Kucing Kesayangan Pergi Sebab Sawan, Naim Daniel Seru Hentikan Aniaya Haiwan

Mujur ada orang lalu…mula-mula ingat dia cuba tangkap ikan rupanya terkena sawan

Malang tidak berbau, seorang lelaki ini juga dikatakan terkena sawan ketika sedang memancing di sebatang parit besar. Dikongsikan kembali menerusi TikTok @iamhayati0306, mujur sahaja dia sempat diselamatkan oleh orang sekitar. Meskipun sukar, 2 orang lelaki dilihat tidak teragak-agak masuk ke parit untuk membawa lelaki itu keluar. Jelas wanita ini lagi, lelaki tersebut disangka sekadar menangkap ikan sebelum jeritannya didengari.

@amoishell0306

sawan ketika mancing .. suare ak kuat nya ahahah

♬ bunyi asal – Iam Hayati – AMOI

Nasib ada orang nampak, risiko kalau dia keseorangan…semoga cepat sihat & dipermudahkan urusan

Video berdurasi 22 saat ini telah meraih 300 ribu lebih jumlah tontonan. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati apabila menyaksikan keadaan lelaki tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa risiko jika dia keseorangan malah sekiranya lambat bertindak mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Mereka turut mendoakan agar lelaki tersebut akan sembuh seperti sediakala serta dipermudahkan urusan.

[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing

[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing

[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing

Sumber: TikTok @iamhayati0306

 

Tags: jeritanlelakimemancingsawansungai
Next Post
[VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing

[VIDEO] Hidap Barah Limfoma, Ibu Muda Sebak Rambut Makin Gugur Lepas Kimoterapi

Gaun Floral Cantik untuk Penampilan Menawan
Baju Melayu Slim Fit Cotton Santai & Elegan

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)