Setiap insan yang hidup di bumi Allah pasti akan diuji mengikut kemampuan masing-masing. Saat orang lain hidup bersenang -lenang di rumah, namun masih terdapat golongan kurang bernasib baik di luar sana yang perlu kita bantu. Walaupun pemberian bukanlah sesuatu yang mahal, namun kebaikan sebesar zarah itu adalah sangat berharga dalam kehidupan seseorang.
BACA : Tolonglah Bawa Balik Anak Saya Bapa Luah Pilu Pelajar Terkandas Di Shandong
Allah ketuk hati kami anak-beranak…terserempak pak cik tua terbaring tepi jalan
Menerusi perkongsian Mimi, dia sempat merakam detik-detik ketika keluarganya terserempak dengan seorang lelaki tua terbaring di atas rumput. Dapat dilihat suaminya yang memakai topi itu turun daripada kereta dengan membawa sebotol air mineral untuk diberi kepada warga emas berkenaan. Pak cik tua itu pada awalnya menolak pemberian suami Mimi tetapi setelah dihulur berkali-kali, lalu dia menerimanya. Difahamkan, pak cik tersebut ingin ke Kerteh namun terpaksa berehat seketika kerana ada masalah pada lutut.
@mimidean4 Jangan lupa syukur sahabat , moga Kita sentiasa dlm redha n rahmat Allah🥺#sederhana #syukur #bahagia #allahu
Teringin nak berjaya nanti boleh bantu orang yang susah…lemah sangat keadaannya
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan nasib warga emas berkenaan. Selain daripada mendoakan agar dimurahkan rezeki, mereka turut memuji sifat mulia keluarga Mimi. Video yang berdurasi 21 saat ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan sejak dimuat naik di aplikasi Tiktok.
Sumber : Tiktok Mimi Dean