Pekerjaan sebagai juruterbang atau krew penerbangan sering menjadi kegilaan ramai orang. Bukan sahaja menjanjikan bayaran gaji yang lumayan, malahan kebanyakan kapten kapal sememangnya mempunyai wajah yang kacak. Suara mereka sering kedengaran sebelum penerbangan bermula dan apabila hampir sampai ke destinasi mendarat. Suara kapten lelaki memang sering kita dengari namun tidak bagi yang perempuan memandangkan bilangan penyertaan mereka dalam bidang ini sedikit sahaja.
BACA :Â [VIDEO] Baru Minggu 1 Dah Pukau Juri, Ramai Harap Naqiu Boboy Juara GV 2019!
Tengah bosan, jadi saja-saja cuba
Oleh yang demikian, seorang gadis dengan akaun @sysyaa baru-baru ini mula menjadi viral setelah dia cuba membuat suara pengumuman dalam kabin ala-ala kapten kapal. Dikongsikan sejak semalam, video berdurasi pendek yang dibuat oleh gadis berikut sudah mendapat hampir 50,000 jumlah tontonan oleh netizen.
https://twitter.com/_sysyaaa/status/1183286269759016960?s=19
Awak patut sertai kami jadi kru kabin!
Menariknya, lontaran suara gadis ini begitu memukau sekali persis dengan pilot sebenar. Lenggok bahasa serta riak wajahnya juga membuatkan videonya kedengaran semakin menarik. Apalagi, Bahasa Inggerisnya begitu fasih sekali walaupun skrip yang digunakan agak panjang dan berbelit-belit. Menyaksikan video tersebut, netizen juga memuji suaranya dan merasakan seolah-olah mereka berada dalam flight sebenar! Ada juga yang berseloroh dan mengajak gadis ini menyertai bidang tersebut.
Sumber : Twitter Sysyaa