Viral

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis
Rasaflix

Sharing is caring!

Musim pandemik COVID-19 ini, ramai individu yang memulakan perniagaan atas talian. Misalnya jual beli makanan, pakaian, hadiah dan pelbagai lagi demi menampung kelangsungan hidup masing-masing. Malah, di media sosial ada saja ragam kelompok ini yang mencuit hati lebih-lebih lagi apabila diberi ‘kejutan’ yang tak disangka-sangka.


BACA: [VIDEO] Terketar-Ketar Tahan Sejuk Rider Sanggup Redah Hujan Hantar Pesanan

Cuak terus muka penghantar barang tu dengar suara ‘misteri’…tak berkedip mata, toleh kiri kanan

Baru-baru ini telah tular satu video menyaksikan seorang penghantar barang terkesima sebaik saja mendengar satu suara ‘misteri’ yang menyahut panggilannya. Menerusi posting Facebook Amy Rahim, lelaki tersebut mahu menyerahkan barang tempahan di pagar rumahnya. Lebih melucukan, apabila individu berkenaan terus menoleh kiri dan kanan untuk mencari pemilik suara. Setelah beberapa saat, baru dia tersedar bahawa suara itu datangnya daripada CCTV di rumah tersebut.


Siap bagi thumbs up lagi sebelum balik…memang terbaik budak ni, letak elok-elok je barang

Lebih melucukan lagi, sebelum beredar dia sempat memberi thumbs up sebagai tanda menyahut suara dari CCTV rumah tersebut. Selain meraih lebih 3000 perkongsian, ternyata reaksi spontan lelaki tersebut telah membuatkan netizen terhibur. Malah, mereka turut memberi pujian terhadap lelaki berbangsa India itu kerana meminta maaf apabila dia tercampak barang tersebut.


 

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis

Sumber: Facebook Amy Rahim

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Cuak Dengar CCTV ‘Bercakap’, Reaksi Lelaki Buat Delivery Lucu Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram