Kanak-kanak sememangnya individu yang sangat sensitif dan mudah mengalirkan air mata. Pada usia sebegitu, biasanya mereka bersifat lebih manja dan banyak kerenah. Layankan sahaja kerana mungkin si kecil ini hanya mahu mendapatkan perhatian daripada ahli keluarga. Contohnya, satu video yang tular di Twitter baru-baru ini telah menyaksikan bagaimana seorang kanak-kanak ini meragam teruk tetapi berjaya ditenangkan oleh abangnya dengan cara yang sangat mudah!
BACA: Adik Minta Ampun Budak Kejutkan WhatsApp Keluarga Gara2 Tersilap Eja Baby
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @siriamsyd ini telah berkongsi video adik perempuannya yang sedang menangis teresak-esak. Yang comelnya, kanak-kanak terbabit terus berhenti menangis dalam beberapa saat sahaja apabila si abang datang memeluk. Ternyata, babak dua orang adik beradik daripada Indonesia ini terlihat begitu indah dan manis sekali.Â
The way my bro comforts my sis, makes me wanna go back as a kid again. pic.twitter.com/8FcgdIDQYE
— سيريام (@siriamsyd) September 22, 2019
Rasa nak kembali pada zaman kanak-kanak
Di bahagian kapsyen, pengguna Twitter ini menyatakan dia berasa begitu terharu melihat babak antara abang dan adiknya itu sehingga membuatkannya berasa mahu kembali pada zaman kanak-kanak. Rata-rata netizen berasa terhibur dan sempat mengimbas kembali memori pada waktu kecil dahulu. Keseluruhannya, posting tersebut telah mendapat lebih 49 ribu retweets dan 61 ribu likes setakat ini.
Rindu dekat abang