Viral

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis
Rasaflix

Sharing is caring!

Kalau dah namanya budak kecil, pasti ada saja telatah yang mencuit hati. Aksi  mereka yang ‘aneh’ adakalanya membuatkan ramai tak kering gusi. Namun di sebalik kecomelan seorang baby girl  ini, terdapat sesuatu yang tak dijangka telah berlaku.

BACA : Tebalkan Muka Buat TikTok, Anak Bertuah Ajar Mak Buat Slow-Mo Macam Budak 46

Husband kena ‘mengurat’ dengan budak ni… tak sangka sampai tergolek pulak dia

Menerusi perkongsian Nur Syafinee di Tiktok, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang memandang suami kepada wanita berkenaan dengan penuh keterujaan seolah-olah orang dewasa yang sedang dilamun cinta. Walau bagaimanapun, si kecil berkenaan secara tiba-tiba tergolek ke belakang selepas sahaja Syafinee dan suaminya mengaminkan bacaan doa.

@nursyafinee

Ceritanya husband i kene ngorat dengan baby girl ni lepastu baby girl ni tergolek pulak 🤣

♬ Oh No – Kreepa

Finally dia dah dapat perhatian crush… siap gosokkan kepala lagi terus tak nangis

Berdasarkan susulan video, suami kepada wanita ini kemudiannya dilihat mengusap-usap belakang kepala si cilik itu. Menurutnya, budak perempuan berkenaan tidak menangis setelah mendapat perhatian daripada lelaki tersebut.

@nursyafinee

Reply to @nursymmie.__ baby girl berjaya mendapat perhatian crush. Dia merengek sikit je , crush dia usap kepala dia pastu dia tak nangis pon 😏🤣

♬ Kimi No Toriko – Rizky Ayuba

 

Kuat sangat penangan dia tu… comel je terkesima sangat sampai cair terduduk dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si kecil ini. Selain daripada memuji kecomelan kanak-kanak ini, mereka turut menyatakan dia terlalu terkesima sampai terduduk melihat lelaki di hadapannya. Video berdurasi 17 saat itu telah meraih lebih 40 ribu tontonan di Tiktok.


 

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis

Sumber : Tiktok @nursyafinee

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Budak Kecil Baru Nak ‘Mengurat’ Suami Orang, Tapi Endingnya Lucu Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram