Kalau dah namanya budak kecil, pasti ada saja telatah yang mencuit hati. AksiĀ mereka yang ‘aneh’ adakalanya membuatkan ramai tak kering gusi. Namun di sebalik kecomelan seorang baby girlĀ ini, terdapat sesuatu yang tak dijangka telah berlaku.
BACA :Ā Tebalkan Muka Buat TikTok, Anak Bertuah Ajar Mak Buat Slow-Mo Macam Budak 46
Husband kena ‘mengurat’ dengan budak ni… tak sangka sampai tergolek pulak dia
Menerusi perkongsian Nur Syafinee di Tiktok, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang memandang suami kepada wanita berkenaan dengan penuh keterujaan seolah-olah orang dewasa yang sedang dilamun cinta. Walau bagaimanapun, si kecil berkenaan secara tiba-tiba tergolek ke belakangĀ selepas sahaja Syafinee dan suaminya mengaminkan bacaan doa.
@nursyafinee Ceritanya husband i kene ngorat dengan baby girl ni lepastu baby girl ni tergolek pulak š¤£
Finally dia dah dapat perhatian crush… siap gosokkan kepala lagi terus tak nangis
Berdasarkan susulan video, suami kepada wanita ini kemudiannya dilihat mengusap-usap belakang kepala si cilik itu. Menurutnya, budak perempuan berkenaan tidak menangis setelah mendapat perhatian daripada lelaki tersebut.
@nursyafinee Reply to @nursymmie.__ baby girl berjaya mendapat perhatian crush. Dia merengek sikit je , crush dia usap kepala dia pastu dia tak nangis pon šš¤£
Kuat sangat penangan dia tu… comel je terkesima sangat sampai cair terduduk dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si kecil ini. Selain daripada memuji kecomelan kanak-kanak ini, mereka turut menyatakan dia terlalu terkesima sampai terduduk melihat lelaki di hadapannya.Ā Video berdurasi 17 saat itu telah meraih lebih 40 ribu tontonan di Tiktok.
Sumber : Tiktok @nursyafinee