Utama Viral Blur Kena 'Pedajal' Dengan Kawan, Mukanya Pula Disamakan Dengan Artis

[VIDEO] Blur Kena ‘Pedajal’ Dengan Kawan, Mukanya Pula Disamakan Dengan Artis

Sudah menjadi lumrah dalam hidup bersosial di sekolah, kita akan mempunyai rakan baik yang sentiasa membuat pelbagai perkara ‘mengarut’ bersama. Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan sekumpulan pelajar perempuan sewaktu sekolah mereka mengadakan Hari Usahawan. Dalam keadaan santai melepak, salah seorang daripada mereka mula membuat prank untuk mengenakan seorang rakan lain.

BACA : Upload Gambar Konsert, Haqiem Rusli Dipuji Sebab Gigih Sorok Aurat Peminatnya

‘YES’ sebutan dia apa?

Mula dikongsikan oleh seorang gadis bernama Anis Sofea menerusi Twitternya, video berdurasi 51 saat itu telah mendapat hampir 10 ribu jumlah retweet sejak dikongsikan beberapa hari lalu. Jika dilihat, soalan yang diajukan kepada gadis bertudung hitam ini sebenarnya  agak senang sahaja dan perkataan Inggeris tersebut pastinya sudah dikuasai oleh kita semua.

Advertisement




Namun dengan sedikit helah licik yang membingungkan, gadis manis tersebut masih gagal menjawab sebutan sebenar perkataan ‘EYES’ tersebut sekali gus memecah tawa rakan-rakan sekeliling. Walaupun sudah ditanyakan berulang kali, dia masih menjawab soalan itu dengan sebutan perkataan ‘E-YES’. Namun di akhir video, dia terus berdekah kerana sedar dirinya sudah diperdaya.

Tengah blur pun comel

Sudah mendapat hampir 30 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen juga terhibur apabila melihat kebuntuan gadis tersebut sewaktu ditanyakan soalan. Dengan kulit yang cerah beserta dagu runcingnya, ada pula yang menyedari bahawa wajah pelajar perempuan itu persis dengan beberapa selebriti seperti Hanis Zalikha, Intan Najuwa termasuk juga Wany Hasrita.

Advertisement




Sumber : Twitter Anis Sofea

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement