Tidak dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, semakin ramai yang mula terkesan. Lebih malang lagi apabila krisis pandemik COVID-19 ini turut menjejaskan taraf ekonomi terutamanya para peniaga di Malaysia. Bukan sahaja berhadapan kerugian, malah pelbagai alternatif yang sanggup dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin itulah gambaran situasi yang dilalui oleh seorang wanita di TikTok sehingga menjadi perhatian baru-baru ini.
BACA:Â Konon Prank Lupa Wish Hari Lahir, Wanita Terkedu Lepas Baca Status WhatsApp Ibu
Terima kesan dengan pelaksanaan PKPB, sanggup gadai gelang emas sendiri…tenang sign surat
Walaupun satu keputusan sukar, Cha Nita memilih untuk menggadai gelang emasnya gara-gara terkesan dengan pelaksanaan PKPB. Bahkan, riak wajahnya kelihatan tenang sewaktu menandatangani surat perjanjian dengan orang kedai tersebut. Hasil gadaian itu juga memberikannya wang tunai dalam satu jumlah yang sangat besar.
@chanita245 terkesan PKPB🤗 Biar x cantik janji ada Emas #fyp #AdamTomyam
Untung beli emas, kalau ‘sesak’ boleh juga gadai…tak perlu nak pinjam duit pada sesiapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dengan dugaan yang sedang dihadapi oleh Cha Nita. Selain mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki, mereka juga mengakui simpanan emas sangat berbaloi kerana ia boleh digadai apabila seseorang itu terdesak hendak menggunakan duit. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah berjaya meraih lebih 30 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok chanita245