Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Bertarung Dengan Peninju Profesional, Haha & Jaesuk Buat Ramai Berdekah

25th February 2020
in Viral
[VIDEO] Bertarung Dengan Peninju Profesional, Haha & Jaesuk Buat Ramai Berdekah
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mempunyai format permainan yang seakan-akan sama dengan ‘Running Man’, Jae-suk juga dan Haha juga terlibat dengan rancangan ‘Infinite Challenge’. Lebih menarik lagi, dia turut memainkan peranan sebagai pengacara utama sejak tahun 2005. Dalam pada itu, pertemuan mereka bersama dengan seorang peninju profesional bernama Manny Pacquiao yang berasal dari Filipina telah mencuri perhatian ramai.

BACA : Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling Terciduk Teruk

‘Infinite Challenge’ berdepan peninju profesional

Dikongsikan semula menerusi sebuah laman Facebook, tayangan berkenaan meraih jumlah tontonan yang tinggi. Menariknya, semua ahli ‘Infinite Challenge’ perlu beradu tenaga dengan peninju berkenaan dalam gelanggang sebenar. Mungkin Pacquiao menganggap perlawanan tersebut mudah sahaja, malangnya ada sesuatu yang tidak diketahui olehnya. Khusus kepada Haha serta Jae-suk, perlawanan 2 ahli ini cukup membuatkan penonton ketawa besar.

[VIDEO] Bertarung Dengan Peninju Profesional, Haha & Jaesuk Buat Ramai Berdekah

Haha memakai sarung tangan gergasi

Melangkah ke dalam gelanggang dengan lagaknya sendiri, siapa menduga Haha telah menggunakan sepasang sarung tangan gergasi sekali gus mengejutkan peninju Filipina tersebut. Bukan sahaja boleh menyerang dengan mudah, malahan sarung tangan tersebut cukup besar untuk melindungi Haha daripada terkena tumbukan Panquiao. Namun akhirnya, perlawanan bertukar hangat apabila Panquiao menjadi pemenang dengan teknik hebat.

Jae-suk berubah menjadi patung roly-poly

Berbeza dengan Haha, Jae-suk terus mengundang ketawa kerana dia seolah-olah bertukar kepada alat permainan roly-poly. Seperti yang diketahui, objek berkenaan mempunyai permukaan bawah bulat dan tidak akan tumbang walau apa jua terjadi. Kata Pacquiao, ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan kerana pengacara berusia 47 tahun itu adalah sangat popular. Meskipun mendominasi perlawanan pada minit-minit awal, namun sifat roly-poly tersebut sebenarnya menyukarkan lagi peluang Jae-suk untuk menyerang.

Sumber : Facebook Running Man Philipine

Tags: filipinahahainfinite challengejaesukManny Pacquiaopeninju
Next Post
[VIDEO] Bertarung Dengan Peninju Profesional, Haha & Jaesuk Buat Ramai Berdekah

[VIDEO] Tanggung 'Biawak Hidup', Babak Elly Mazlein Ditampar Runtun Jiwa Ramai

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)