Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual

28th March 2020
in Viral
[VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual
592
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Lumrah biasa sewaktu menjadi ibu bapa, ada beberapa fasa di mana anak-anak menjadi sangat manja dan clingy sehingga tak boleh berenggang walau sekejap. Jangan kata semasa buat kerja rumah sahaja, kadangkala nak ‘membuang hajat’ di tandas pun boleh menjadi situasi penuh mencabar. Mana tidaknya, anak-anak punyalah gigih nak ikut masuk ke dalam tandas meskipun ruangan membuang air itu agak sempit sedikit.

BACA : [VIDEO] Berguling Tahan Anak Cederakan Diri Sendiri, Zarina Rakam Sambil Nangis

Ayah sibuk ‘buang hajat’, anak tunggu di luar

Perkara sama turut dihadapi oleh seorang bapa tatkala anaknya begitu gigih menanti di luar saat dia sedang sibuk melunaskan hajat. Video itu telah dikongsikan oleh si ibu iaitu Ima Ibrahim sejak semalam dan siapa menduga, keletah lucu cahaya mata mereka menjadi viral sehingga meraih ribuan perkongsian semula daripada pihak pengguna lama sosial Facebook.

[VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual

Jenuh la tunggu depan pintu…Dahlah panggiL ayah dia B

Hanya dipisahkan oleh pintu besi, anak beranak tersebut memang benar-benar mencuit hati ramai. Tidak merengek untuk masuk ke dalam tandas, budak bernama Faiq ini sempat berbual dengan bahasa yang sukar difahami memandangkan umurnya masih lagi kecil. Seolah-olah meniru gaya ibunya memanggil suami dengan gelaran ‘Bie’, ayahnya pula kedengaran rajin melayan sebelum menyuruh Faiq untuk sabar menunggu.

Mummy tak sangka viral…Dalam phone memang banyak video Faiq

Sedar bahawa anaknya sudah menjadi viral, ibu ini sempat membuat sebuah posting penghargaan mengucapkan terima kasih kepada netizen. Selain itu, dia juga mendedahkan bahawa banyak lagi video Faiq yang memaparkan gelagat aneh tersimpan di dalam telefon bimbit.

[VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual

Sumber : Facebook Ima Ibrahim

Tags: anakayahbuang hajatibujambanketukpintutandas
Next Post
[VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual

Lambang Cinta Sejati, Kupu-Kupu Terbesar Dunia Cetus Magis Di Resepsi Tasha

Hijab Selesa & Stylish dengan Inner Cotton Lembut
HONOR Magic7 Pro 5G: Kecerdasan AI, Prestasi Luar Biasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)