Keluarga Inspirasi Keibubapaan

[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata

[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata
Rasaflix

Sharing is caring!

Ayah adalah ‘hero’ yang sentiasa berusaha untuk memberi kebahagiaan di dalam hidup anak-anaknya. Selain itu, merekalah yang tak pernah kenal erti penat lelah dalam berjuang mencari rezeki bagi menyara ahli keluarga. Sesungguhnya ayah yang baik akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

BACA: [VIDEO] Penangan Anak Ramai, Gigih Ibu & Ayah Struggle Demi Sekeping Gambar


Ayah & ibu buat kejutan…anak terus senyum lebar, tak sabar nak main basikal yang terpampang depan mata

Menerusi aplikasi TikTok, @Babafarel bersama isteri telah menghadiahkan sebuah basikal baru sempena hari kelahiran anak lelaki mereka. Berhiaskan beberapa biji belon, ayah ini menuntun perlahan basikal tersebut kepada si kecil berkenaan yang ditutup matanya dengan sehelai kain. Sebaik sahaja penutup di mata terbuka, reaksi anak lelaki mereka kelihatan sangat gembira dan tidak sabar untuk menggunakan hadiah berkenaan.

@babafarrel

suprise untuk abang !! iloveu

♬ Cinta Pandang Pertama – Rusa Music

Sebak pula bila tengok muka anak yang seronok sangat tu…semoga kekal dalam ingatan sampai besar nanti & sentiasa dimurahkan rezeki

Secara keseluruhannya, video berdurasi 45 saat berkenaan meraih lebih 100 ribu tontonan. Rata-rata netizen berasa sebak melihat keluarga kecil ini, tambahan lagi apabila menyaksikan Muhammad Farrel Anaqi segera memeluk lalu memberi kucupan kepada ayahnya. Dalam pada itu, ramai turut menitipkan doa untuk kebahagiaan serta berharap agar anak lelaki mereka sentiasa kenang akan pengorbanan ibu bapanya.


[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata

[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata

[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata

Sumber: TikTok Babafarrel

 

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] Ayah Hadiahkan Basikal Baru, Reaksi Anak Buat Ramai Bergenang Air Mata

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes