Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang terkenal dengan kegigihannya membesarkan dua orang anak autisme, Azal dan Azli? Namun, kali ini berbeza pula kisahnya. Disebabkan ‘penampilan’ Zarina yang baharu, ada orang yang cepat sahaja menuduh pelakon ini ‘buat hidung’. Malah, ramai juga netizen yang tidak segan silu menegur keadaan hidung Zarina yang nampak lain dan tidak sama seperti sebelum ini.
BACA: Permintaan Tak Dipenuhi, Zarina Menangis Dihentak Anak Autisme Naik Angin
Untuk menjawab segala persoalan netizen, Zarina telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya.
Saya buat operation sebab sinus, bukan untuk buat hidung
Pelakon ini telah menafikan sekeras-kerasnya tentang tuduhan orang ramai yang mengatakan dia telah melakukan plastic surgery. Menurut video tersebut, Zarina telah menegaskan bahawa hidungnya nampak lain disebabkan operation yang dilakukan untuk tujuan kesihatan.
“Saya sudah baca macam-macam komen daripada orang lain di luar sana yang langsung tidak mengenali saya atau faham tentang kondisi saya. Sebenarnya, saya mempunyai sinus dan migrain yang teruk. Kadang-kadang, saya rasa macam nak buka tudung disebabkan pening kepala yang amat sangat.”
Tambah Zarina lagi, dia sudahpun berjumpa doktor untuk rawatan. Migrain yang dialaminya juga sangat serius sehinggakan dia ingin ‘hantuk’ kepala di dinding.
Doktor telah melakukan operation untuk mengeluarkan bendalir pada sekitar hidung untuk membuang sinus dan mengurangkan migrain yang dialami pelakon ini. Zarina juga menunjukkan kawasan yang terksan pada wajahnya.
“Masalah ini membuatkan saya selalu migrain. Saya tak boleh buat kerja. Rasa macam nak marah orang sahaja.”
Saya pun taknak hidung macam ni, macam b**i
View this post on Instagram
“Ingat saya nak ke hidung macam ni? Hidung macam ni saya nak ke? Hidung saya cantik dah dulu.”
“Kalau tak, jumpa aku kat akhirat nanti. Ingat saya nak ke hidung macam ni, macam babi tonyok je. Saya baca komen pun saya rasa nak menangis. Bila saya menangis saya migrain. Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya.”
Buat masa ini, operation yang dilakukan masih lagi dalam fasa pemulihan. Tambah Zarina lagi, anaknya Azal juga mengalami kondisi yang sama. Namun, dia tidak sanggup untuk lepaskan Azal. Jadi buat masa ini, anaknya bergantung 100% pada ubat.
Zarina juga telah memberitahu umum bahawa hidungnya masih lagi bengkak. Pada masa yang sama, pelakon ini sempat berpesan, banyak-banyakkan bersabar dan tunggu sehingga dia pulih 100%.
Sumber: Laman Instagram Zarina Zainuddin