Viral Cinta & Perhubungan

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan
Rasaflix

Sharing is caring!

Setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan mempunyai rasa fobia serta ketakutan terhadap binatang kecil seperti lipas, kumbang, katak, cicak ataupun ulat. Ada juga yang sampai menangis teruk dan lari bertempiran jika diusik dengan binatang kecil tersebut. Begitu jugalah kisah yang berlaku kepada sepasang suami isteri ini.

BACA: Trend Mudahkan Kahwin Bagus, Tapi Mampu Tak Galas Tanggungjawab Suami Isteri?

Jumpa lipas yang dah kering…isteri kutip then ugut nak baling dekat suami

Menerusi rakaman video yang dikongsi di TikTok, Syafiqah Elmyra terjumpa lipas kering di garaj kereta dan dia mengambil binatang tersebut untuk menakutkan suaminya. Seperti boleh meramalkan perlakuan si isteri, lelaki itu terus lari berjauhan daripada Syafiqah Elmyra.


[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

Sembunyi dekat celah motor…merayu dekat isteri jangan bagi lipas

Dalam pada itu, Syazwan Syarani merayu supaya isterinya tidak membaling binatang kecil berkenaan. Niat jahat wanita itu tidak terhenti di situ, dia terus mengejar suaminya yang bersembunyi serta mengelak di sebalik kereta dan motor. Akhirnya, dia membaling lipas tersebut sambil ketawa terbahak-bahak melihat aksi suami yang kelakar.

@syafiqahelmyra

laki iolls mmg sado😢❤️ tapi dia takut lipas… HAHAHA! #fyp #foryourpage #couple #funny #throwback

♬ original sound – Syafiqah Elmyra – Syafiqah Elmyra

Bukan sebab takut tapi geli dengan lipas…tu pasal berdesup lari habis dah tak macho

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat ‘jahat’ Syafiqah Elmyra yang ingin menyakat suaminya. Menurut mereka, segala sifat kelakian suami habis menghilang akibat lari ketakutan daripada lipas.

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan


[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan


Sumber: TikTok syafiqahelmyra

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] “Astaghfirullah Sayang”-Isteri Kejar Baling Lipas, Suami Lari Ketakutan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram