Artis Hiburan

[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti

[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti
Rasaflix

Sharing is caring!

Sudah hampir seminggu pengacara terkenal, Dayah Bakar berserta bayi lelakinya Fahri menjalani tempoh kuarantin wajib setibanya di bumi Australia. Hakikatnya dia sangat teruja menghitung hari untuk bertemu dengan suaminya, Kapten Hanif yang bertugas di sana gara-gara hampir setahun bersalin dan membesarkan anak seorang diri.

BACA: My Name Ali Abang Alisa Aisyah Bikin Ramai Geram Suka Sakat Abang Yusuf

Dayah Bakar syok makan roti croissant…tapi baby mampu telan air liur je tengok makanan ibu

Sering berkongsi aktiviti sepanjang di sana, Dayah Bakar baru-baru ini memuat naik lagi sebuah video pendek ketika menikmati juadah hidangan pagi sambil memangku anaknya itu. Apa yang melucukan, Fahri dilihat mula excited sebaik sahaja ibunya memegang sejenis roti croissant dan nyaris dapat gigit apabila diletak dekat dengan mulutnya. Namun gara-gara faktor usianya, si cilik ini hanya mampu pasrah dan terliur saja lihat makanan tersebut.


Kesian Fahri comel, lapar agaknya…ibu ni pun janganlah makan dekat

Gara-gara moment spontan itu, Dayah Bakar terhibur di hujung video sambil meminta bayinya supaya bersabar lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga berdekah menonton gelagat Fahri tersebut. Selain memuji kecomelan si cilik itu, mereka sempat berseloroh bahawa hos TV3 berkenaan kuat menyakat anaknya. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontanan setakat ini.

[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti

[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti

[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti

Sumber: Instagram Dayah Bakar

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura


Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] Anak Terliur Tengok Dayah Bakar Makan, Sikit Lagi Dapat Gigit Roti

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes