Ketinggian seseorang selalunya diperoleh daripada genetik ibu ataupun bapa. Walaupun begitu, agak jarang untuk kita melihat keseluruhan ahli keluarga yang tinggi-tinggi belaka. Namun bagi sebuah family yang tular di Tiktok ini, kisah mereka nyata membuat ramai kagum.
BACA : [VIDEO] Nak Jadi Pemain Bola Atau Artis? Jawapan Baby Eyra Hazali Comel Habis
Semua ahli keluarga tinggi-tinggi belaka…sampai dekat ayah dia yang paling comel pula
Menerusi perkongsian gadis yang dikenali sebagai Scha, dapat dilihat ketinggian ahli keluarganya seorang demi seorang. Gadis yang memakai baju berwarna biru itu memiliki ketinggian 172cm, manakala wanita di sebelahnya pula setinggi 186cm. Perempuan yang mendukung anak kecil pula mempunyai ketinggian 167cm dan paling tinggi adalah lelaki berbaju hitam iaitu 193cm. Di penghujung video, kelibat si ayah nyata begitu mengejutkan kerana memiliki tubuh yang sedikit rendah iaitu 160cm berbanding dengan isterinya, 171cm.
@itsscha_here #fyp #fypシ #fypage #tallfamilycheck #tall #tallgirl #famiy #tallergirl #fypthis #fypdong @wniey_07
Kalau masuk keluarga ni mesti penat nak mendongak je masa berbual…tak mampu nak lawan ketinggian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima dengan ketinggian seluruh ahli keluarga gadis ini. Selain daripada membandingkan ketinggan masing-masing dengan family di dalam video berkenaan, mereka juga sempat menyatakan bahawa tidak mampu untuk menandingi ketinggian keluarga Scha. Video pendek yang berdurasi 18 saat ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan semenjak dimuat naik di aplikasi Tiktok.
Sumber: Tiktok @itsscha_here
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] Anak Beranak Semua Tinggi Lampai, Tapi Tiba Part Ayah Yang Paling Comel](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)