Utama Gaya Hidup 8 Situasi Yang Selalu Orang Berkaca Mata Kena Hadap, No 6...

[VIDEO] 8 Situasi Yang Selalu Orang Berkaca Mata Kena Hadap, No 6 Paling Lawak!

Sekiranya anda merupakan orang yang mengalami rabun, pasti pernah banyak mengeluh tentang masalah penglihatan tersebut kan? Mana tidaknya selain perlu mementingkan penjagaan cermin mata pada tahap yang maksimum, individu tersebut juga mesti bersedia untuk standby sejumlah wang sebagai langkah berjaga-jaga jika ianya rosak. Tapi tak dinafikan juga, yang paling banyak mengganggu adalah beberapa stigma masyarakat terhadap golongan seperti ini.

BACA: [VIDEO] Lawak! Akak Wongshu Wongshu Buat Comeback, Tapi Sorang Pun Tak Faham!

Gambar sekadar hiasan

8 soalan cliche & pengalaman aku alami sebab pakai spek mata..




Terbaru, selebriti media sosial iaitu Norreen telah berkongsi sebuah video berkenaan beberapa pengalamannya selaku seorang pemakai cermin mata. Dalam paparan tersebut, dia juga meluahkan perasaannya setiap kali ditanyakan soalan cliche orang di sekelilingnya tentang aksesori mata tersebut.

Part suruh teka jari nombor berapa tu memang banyak kali terkena!




Ternyata semua pengalaman itu telah mendapat banyak perhatian dalam kalangan masyarakat apabila video tersebut telah meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan meskipun baru dimuatnaik malam tadi. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan pihak yang selalu memberikan soalan atau membuat usikan terhadap si pemakai cermin mata seperti yang dijelaskan oleh Norreen dalam videonya itu.




Sumber: Twitter norreen143




Artikel Popular