Penangan pandemik COVID-19 membuatkan ramai orang seluruh dunia telah kehilangan sumber pendapatannya. Dek kerana banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar, peluang kerja turut berkurang dan kini setiap orang sedang struggle meneruskan hidup. Terdapat juga individu yang menganggur lama akibat persaingan dalam pekerjaan semakin tinggi. Namun bagi lelaki ini, dia bersyukur kerana akhirnya mendapat peluang untuk bekerja.
BACA:Â [VIDEO] Ayah Nyaris Tarik Diri Jadi Wali, Takut Ulang Kesilapan Nikah Adik
Dulu dapat gaji jarang bagi duit dekat mak ayah…kali ni ada rezeki lebih share dengan keluarga
Menerusi posting di Instagram, Syarifudden menceritakan pengalamannya ketika berada di ‘ambang’ kesusahan. Walaupun sudah mencuba beberapa pekerjaan lain tetapi dia tetap berasa kurang sehingga terpaksa bergantung harap kepada ibu bapanya. Oleh itu, lelaki tersebut meluahkan rasa kesal kerana jarang bersedekah dan menghulurkan duit belanja kepada ibu bapanya. Kini setelah hampir tujuh bulan menganggur, pemuda berkenaan akhirnya mendapat kerja dan mampu berkongsi gaji pertama bersama keluarga tercinta.
https://www.instagram.com/p/CIGKPm2nlH4/?utm_source=ig_web_copy_link
Kita bagi mak ayah duit, lagi bertambah rezeki… jagalah mereka selagi ada & semoga sentiasa dimurahkan rezeki
Menjengah ke ruangan komen di posting TikTok miliknya, rata-rata netizen terharu melihat reaksi ibu bapanya. Mereka turut bangga melihat pengorbanannya sebagai anak yang sanggup menjaga keluarganya itu serta mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki. Setakat ini, video berdurasi 37 saat ini telah meraih tontonan sebanyak 30 ribu lebih.
Sumber: Tiktok itsmesyarif & Instagram Syariefudden