Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

[VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

6th January 2020
in Keibubapaan, Keluarga, Kesihatan
[VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap suami isteri yang sudah berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran zuriat sendiri. Lebih-lebih lagi si kecil itu bakal menjadi penyeri dalam perkahwinan yang dibina. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita diberikan peluang serta rezeki daripada Allah S.W.T untuk hamil. Ada yang terpaksa menunggu begitu lama walaupun sudah pelbagai ikhtiar dan rawatan dicuba.

BACA: Suami Kasari Sebab Masih Tiada Zuriat, Isteri Nak Berpisah Tapi Takut Menjanda

Disahkan hamil di hari ulang tahun perkahwinan yang ke 12

Situasi seperti itulah yang digambarkan menerusi satu perkongsian oleh Dr Thokha bin Muhammad, pakar perubatan dalam bidang obstetrician dan gynaecologist. Menerusi paparan berdurasi hampir 4 minit tersebut, sepasang suami isteri yang datang jauh dari Brunei Darussalam dikejutkan dengan satu berita gembira. Wanita tersebut disahkan hamil buat pertama kali sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 12. 

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha)

Suami terus buat sujud syukur

Di awal video berkenaan, wanita itu dilihat agak takut untuk melihat keputusan melalui alat ujian kehamilan yang ditunjukkan. Walau bagaimanapun suasana berubah apabila dia menitiskan air mata saat menyedari keputusan tersebut adalah positif. Si suami yang pada mulanya hanya tersenyum memandang wanita itu, terus datang memeluknya berkongsi kegembiraan tersebut. Sebagai tanda rasa berterima kasih ke hadrat Ilahi, lelaki itu terus mengambil ruang bagi melakukan sujud syukur. 

[VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

Alhamdulillah tak sedar air mata turut mengalir

Secara keseluruhannya, video tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 29, 322 kali di laman Instagram. Rata-rata netizen dilihat sangat terharu menyaksikan detik manis tersebut. Ada netizen turut mengambil peluang mendoakan yang terbaik untuk kesihatan si ibu dan anak dikandung. 

[VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil [VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil [VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

Sumber: Instagram Dr Thokha 

 

Tags: hamilisterikejutanmengandungPerkahwinansuamiulang tahun
Next Post
[VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

[VIDEO] Buang Kuah Berminyak Guna Ais Je, Mak-Mak Wajib Tahu Taktik Mudah Ini

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)