Bagi yang mengikuti perkembangan couple selebriti terkenal iaitu Amyra Rosli dan Amar Baharin di media sosial, mereka sedang berada Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarga. Perkara itu dimuat naik sendiri oleh mereka di laman Instagram masing-masing untuk dikongsikan bersama para pengikut. Tidak ketinggalan anak mereka iaitu Aqeef Anaqi turut dibawa bersama.
BACA : [VIDEO] Kantoi Buka Air Paip Dalam Bilik Mandi, Tapi Jawapan Anaqi Lucu Habis!
Rezeki Anaqi..mudah memasuki kawasan Raudah
Terbaru, Amar telah memuat naik videonya bersama Anaqi yang menyambut hari kelahiran ke-2 tahun pada tanggal 15 Oktober. Disebabkan itu, aktor tersebut memutuskan untuk membawanya melawat makam Nabi Muhammad SAW menerusi perkongsian video di IG.
Hadiah terindah untuk awak anakku..Happy birthday
Amar meluahkan rasa syukur kerana dia percaya bahawa rezeki Anaqi membuatkan perjalanan mereka dan jemaah lain menuju ke kawasan Raudah dipermudahkan. Hal ini kerana baginya itu adalah hadiah yang paling terindah.
Alhamdulillah, semoga jadi anak yang soleh
Perkongsian Amar ini jelas sekali telah meraih perhatian para netizen lalu membanjiri ruang komen. Dalam pada itu mereka turut menzahirkan ucapan hari lahir kepada ke-2 buat Anaqi dan mendoakannya agar menjadi anak yang soleh. Malah mereka turut mendoakan agar mereka mendapat membuat ibadah umrah yang mabrur.
Sumber : IG Amar Baharin