Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’

19th December 2019
in Viral
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Entah mengapa, perkataan ‘K-Pop’ kadangkala membawa satu perspektif yang mampu membuat sesetengah rakyat Malaysia triggered secara tiba-tiba. Mungkin juga ia terjadi kerana penyebaran pelbagai berita kurang enak berkaitan kelab peminat yang disifatkan terlalu fanatik dalam mengidolakan artis kesayangan mereka. Bahkan situasi tidak terkawal boleh berlaku apabila mereka menyaksikan ‘oppa’ berjoget di depan mata. Namun begitu, penularan sebuah video gadis ini mungkin mampu mengubah stigma berkenaan.

BACA : KPOP Lovers Buktikan Minat Bukan Penghalang, Berjaya Raih Masters Anugerah

Aku tak kenal siapa kau, semoga Allah berkati kau

Sejak dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama @Izzaonly, rakaman berdurasi pendek itu ternyata berjaya menarik perhatin para netizen. Jika diperhatikan, seorang gadis begitu khusyuk menunaikan ibadah solat dalam ruang berkenaan sementara menunggu konsert muzik daripada kumpulan penyanyi idol terkenal Korea Selatan, EXO bermula. Jarang-jarang video positif seperti ini menjadi viral kan?

Idk who are you but yeah may Allah bless you …see her level? … #EXplOrationInMalaysia #EXplOrationaL #ExoInMY #EXplOrationInMY pic.twitter.com/fqx6LDlce6

— IZZA (@IzzaOnly) December 14, 2019

Tetap solat sementara menunggu konsert

Konsert yang berlangsung pada Ahad lalu bertempat di Stadium Axiata Bukit Jalil itu sememangnya berlangsung dengan penuh meriah menerusi nyanyian lebih 25 buah lagu. Meskipun cuaca hujan pada hari tersebut, faktor berkenaan tidak mematahkan semangat 10,000 orang peminat datang berkumpul sebelum konsert bermula. Selain kisah-kisah tentang kejayaan EXO menyampaikan persembahan gempak, video gadis yang bersembahyang itu seolah-olah menambahkan warna dalam kemeriahan ‘EXO Planet #5 – ExplOration’.

Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’ Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’ Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’

Tak perlu judge peminat K-Pop lupa tuhan

Bukan sahaja mendapat jumlah tontonan yang tinggi, malahan netizen mula berkongsikan rasa kagum dengan usaha gadis berkenaan yang tidak lupa menunaikan kewajiban terlebih dahulu. Rata-rata peminat menyifatkan detik tersebut membuka mata orang di luar sana yang suka bersikap skeptikal dan menghukum terhadap peminat hiburan K-Pop.

Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’ Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’ Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’

Sumber : Twitter izzaonly

Tags: exokonsertkoreakpopsolatterciduk

Related Posts

Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Tunai Solat Masa Excited Pergi Konsert K-Pop, Video Ini Buat Ramai ‘Terciduk’

"Saya Selalu Tenung Muka Dia Masa Tidur, Nampak Penat Sangat.."-Saharul Ridzwan

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)