Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari

29th January 2023
in Berita Semasa, Viral
Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari
801
SHARES
4.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita telah dikasari oleh suaminya di hadapan sebuah kedai makan. Meskipun butiran klip tersebut tidak didedahkan secara terperinci, namun rata-rata netizen berasa panas hati melihat kelakuan tidak bermoral lelaki tersebut terhadap pasangannya.

BACA: Bila Bertengkar Elak Guna Kau Aku, Suami Isteri Kena Usaha Perbaiki Hubungan

@utusantvofficial

Semua ketua balai polis telah diarah untuk mengesan suspek berdasarkan tempat kejadian. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Suspek telah ditahan dan mengaku bersalah kerana mengasari isteri

Susulan daripada bukti rakaman tersebut, akhirnya pihak polis daerah Gua Musang telah berjaya menahan individu berkenaan di sebuah rumah sekitar RKT Kesedar Paloh 2 semalam. Suspek yang berkerja sendiri itu akui bersalah atas kesalahan mengasari isterinya gara-gara perselisihan faham yang berlaku di antara mereka berdua.

Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari

Isteri tetap berdegil mahu kerja walaupun disuruh menjaga ibu yang tidak sihat di rumah

Dia turut menjelaskan bahawa hal tersebut berpunca daripada kedegilan wanita berkenaan untuk bekerja sedangkan si suami menyuruh jaga ibunya yang tidak sihat di rumah. Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang disyaki. Walau bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan mendapati individu tersebut positif mengambil barangan terlarang jenis methaphetamine.

Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari

Ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut

Kejadian yang berlaku di Gua Musang, Kelantan ini telah menyebabkan lelaki terbabit ditahan reman selama 4 hari bermula semalam hingga 1 Februari bagi tujuan siasatan lanjut. Bahkan, topi keledar yang digunakan untuk memukul si isteri juga telah dirampas oleh pihak polis.

Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari

Kredit: Tiktok utusantvofficial & Portal Harian Metro 

Tags: ditahanisterimengasarisuamivideo viral
Next Post
Tular Rakaman Mengasari Isteri Depan Kedai Makan, Suami Akhirnya Direman 4 Hari

September Umum Pisah Hari Ini Kahwin Baru, Timbul Persoalan Tempoh Idah Nad?

Jubah Dubai Berkilau, Elegan & Mewah!
Pembersih Vakum Tanpa Wayar – Ringan & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)