Dalam konsert ‘Gegar Vaganza 7’ minggu ke-4, 11 peserta tampil membuat persembahan dengan tema ‘Lagu-Lagu Berhantu’. Mus May pula antara peserta yang masih bertanding dan berjaya menampilkan persembahan yang unik pada malam tadi.
BACA:Â [VIDEO] Pernah Dipuji Masa GV6, Kini Naqiu Dapat Berduet Dengan Datuk M. Nasir
Pertama kali bawa lagu Yuna, raih markah tertinggi untuk minggu ke-4
Mus May atau nama sebenarnya Mustaffa Bin Din telah membuat persembahan dengan mendendangkan salah satu lagu jazz daripada Yuna yang bertajuk ‘Dan Sebenarnya’. Melalui persembahannya yang fresh itu, dia juga meraih markah yang tertinggi iaitu sebanyak 74.60%. Selain itu, dia juga akui tidak pernah menyanyikan lagu genre sebegitu sebelum ini.
Suara favourite Datuk Ramli MS… kalau ada dancers, dah rasa macam di New York
Juri tetap iaitu Datuk Ramli MS memberikan pujian dan akui suara Mus May pada minggu ini adalah antara kegemarannya walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam menyebut beberapa perkataan. Bagi Datuk Khatijah Ibrahim pula, persembahan vokalis berusia 52 tahun tersebut mungkin boleh dirasakan seperti berada di New York jika ditambah penari tap dance.
https://www.youtube.com/watch?v=k5RGKckKgM4
Legend yang tiada ganti… beralih genre katanya tapi tetap mantap
Menerusi Instagram Astro Gempak, rata-rata netizen memuji persembahan tersebut yang memperlihatkan sisi berbeza Mus May. Selain itu, ramai juga yang berpendapat penyanyi rock berkenaan berpotensi untuk bergelar juara ‘Gegar Vaganza 7’.
Sumber: YouTube MP Channel, IG Astro Gempak