Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

7th September 2019
in Gaya Hidup, Viral
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kebelakangan ini boleh dilihat lambakan video memaparkan cabaran makan mi segera pedas yang dilakukan ramai anak muda dan juga golongan influencer di media sosial. Bukan itu sahaja, baru-baru ini sebuah restoran makanan segera turut mengeluarkan produk ayam goreng terbaru yang dikatakan lebih pedas dari biasa, sehinggakan ramai berebut-rebut membuat video challenge bagi meraih jumlah tontonan dan likes yang banyak. 

BACA: ‘Gaji Dia 4x Ganda Doktor, Kalau Dibayar Berjuta Pun Aku Tak Sanggup Kerja Ni’

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Gambar sekadar hiasan

Sebuah challenge yang viral baru-baru ini apabila ada sekumpulan Instafamous dengan seorang penyanyi yang membuat video makan mi pedas bersama dengan buah durian, di mana ramai netizen memberikan reaksi kurang senang terhadap challenge sebegini dan membuat terguran. Ini kerana gabungan kedua-dua makanan itu boleh menyumbang kepada risiko kesihatan yang serius dan memberikan kesan yang tidak elok pada usus serta perut. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Hazreen Abdul Majid berkata bahawa tiada kajian tertentu yang membuktikan cili dan makanan pedas boleh menyebabkan Iuka pada perut dan usus seperti yang diperkatakan ramai. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Gambar sekadar hiasan

Tahap pedas setiap individiu adalah berbeza

Dr. Hazreen menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai tahap pedas yang berbeza, bergantung pada keupayaan mereka menerima rasa pedas. Ada yang terus berpeluh dan keluar air mata, manakala ada yang masih mampu bertahan sedangkan mereka makan makanan pedas yang sama. Mereka yang tidak tahan pedas akan menyebabkan kejutan dan kerengsaan pada badan. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Menurut Doktor ini, rasa pedas mempunyai kapsaisin. Ia merupakan satu komponen aktif yang terdapat dalam cili dan bersifat merengsakan kepada manusia, di mana ia akan  menghasilkan rasa terbakar apabila bersentuhan dengan mana-mana tisu badan. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Kapsaisin rendah bermakna kuat tahan pedas

Tambahnya lagi, sesetengah orang mempunyai rangsangan kapsaisin lebih rendah pada lidah dan keadaan ini menyebabkan mereka kurang sensitif terhadap rasa pedas. Bagi mereka yang mempunyai masalah ulser atau gastiris, pengambilan kapsaisin yang terdapat dalam makanan pedas akan menyebabkan situasi bertambah teruk. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Cili membantu turunkan berat badan 

Sementara itu, Dr. Hazreen menjelaskan makanan pedas sebenarnya bukanlah membawa risiko kesihatan semata-mata sebaliknya turut mempunyai banyak manfaat. Ini kerana kandungan kapsaisin sebenarnya membantu pembakaran kalori kurang daripada tempoh sejam selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Ia juga mampu mengurangkan gejala pedih ulu hati dan juga senak perut. 

Tambahnya lagi, cili yang sudah diproses dan terdapat dalam bahan pengawet bukanlah penyebab kepada masalah perut dan usus. Akan tetapi, doktor ini telah berpesan supaya ia tidak menjadi tiket untuk seseorang mengamalkan pengambilan makanan pedas yang tidak terkawal. Sebaliknya, adalah lebih elok mengambil cili segar yang dimasak betul. 

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Sebaiknya berpada-pada dengan apa yang dimakan

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

Sumber: mStar Online

Tags: cilidietdoktormakanpedasturun beratviral

Related Posts

Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan! Ini Kata Doktor

"Tolong Jaga Anak Baik2" - Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)