Pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga beberapa kali sehingga bercerai, pelakon wanita Malaysia iaitu Bella Astillah akui sering berasa trauma dengan pengalaman buruk yang terjadi dalam hidupnya. Tidak dapat dinafikan kisah silam yang dialami cukup memberi kesan terhadap dirinya meskipun hubungan bersama suami telah kembali pulih.
BACA:Â Dah Bebas Dari Penjara, Bella Astillah Tetap Bangga Aliff Akui Kesalahan
Kadang-kadang takut sehingga menggigil
Menurut laporan daripada Kosmo, Bella iaitu isteri kepada Aliff Aziz menyatakan dia seringkali berasa ketakutan sehingga menggigil setiap kali mendengar perkhabaran mengenai kemelut perpisahan rakan-rakan selebritinya. Tidak sanggup melihat mereka yang sedang berada di ambang perceraian, Bella meminta untuk sentiasa mendoakan keharmonian rumah tangganya bersama suami tercinta.
@kosmoonline RAMAI pasangan selebriti ke mahkamah sejak akhir-akhir ini membuatkan Bella Astillah yang pernah bercerai dengan Aliff Aziz pada 2019 berasa trauma dan sebak. -Video oleh MOHD. HAIKAL ISA.
Orang suruh move on tapi fasa ni bukan senang…
Mengulas berkenaan trauma yang dialami, Bella menjelaskan fasa perceraian yang dihadapi olehnya merupakan satu perkara yang susah. Ramai yang meminta untuk teruskan kehidupan namun perkara itu tidak seperti semudah yang disangkakan. Ibu kepada sepasang anak itu turut meluahkan rasa sebak apabila melihat rakan-rakan selebriti turut mengalami dilema yang sama sepertinya.
Percaya rakan-rakan kuat… Bella hanya mampu kirim doa
Sekadar menutup perbualan, Bella Astillah yang sempat ditanya berkenaan dengan kesudahan isu Aliff Aziz dan Sophia dilihat enggan mengulas berkenaan isu tersebut. Dia malah hanya mampu memanjatkan doa kepada rakan-rakannya serta mendoakan kekuatan mereka. Tambahnya lagi, sokongan daripada keluarga adalah penting buat mereka yang terlibat dalam permasalahan tersebut.
Kredit: Instagram kosmoonline