Walaupun statistik jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia kini dilihat menurun, namun pelbagai tragedi yang menyayat hati pula hangat di media sosial menjelang awal Ramadan ini. Terbaru, masyarakat dikejutkan pula dengan penemuan seorang bayi tak bersalah yang dibuang dalam sebuah beg di tepi jalan. Ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Salika Bakri ini.
BACA:Â Remaja Mengaku Sorok Bayi 3 Hari Dalam Almari, Boyfriend Pula Buang Di Sungai
Menggeletar badan jumpa bayi cukup sifat…tengok memang dah tak bernafas
Lahir dengan cukup sifat, ternyata penemuan bayi perempuan tersebut nyata mencemaskan dirinya serta suami. Walaupun mereka berniat untuk lekas menyelamatkannya, namun tiada sebarang tangisan didengari sekali gus si kecil berkenaan rupanya didapati sudah tak bernyawa lagi.
Nampak ada lelaki perempuan mencurigakan…naik motor tinggal macam tu je
Menurut suaminya yang juga saksi kejadian, dia terlihat sepasang lelaki dan perempuan yang meletakkan beg itu sambil menaiki motosikal. Akan tetapi nombor pendaftaran kenderaan terbabit tidak sempat dicatatkan olehnya.
Lokasi di sekitar kawasan Bukit Dinding..
Dalam pada itu, seorang pengguna akaun Twitter @nectarine_honey memaklumkan bahawa insiden itu bertempat di kawasan sekitar Bukit Dinding, Kuala Lumpur. Sebaik ditemui saksi, jasad bayi malang itu telah pun dibawa ke balai polis serta pusat perubatan bagi siasatan lanjut.
Sumber: FB Kepala Berputar & Twitter nectarine_honey