Sejak kebelakangan ini, angka kematian individu yang berpunca dari COVID-19 semakin merisaukan. Ibarat musuh halimunan, virus ini boleh berada di rumah mahu pun tempat kerja kita tanpa disedari. Tidak terkecuali, pengguna akaun Twitter @Zyxzyo mendedahkan bahawa ahli keluarganya turut terjejas dengan wabak berkenaan sehingga ada yang dijemput Ilahi.
BACA:Â Suami Tak Percaya COVID-19, Telan Bergelen Vitamin C Kini Isteri Sedang Nazak
Dari 7 orang tinggal 3…abang ipar dijangkiti hingga menghembuskan nafas terakhir
Jelas pemuda berkenaan, buat masa ini hanya tiga daripada tujuh ahli keluarganya masih tidak dijangkiti wabak tersebut dan berada di rumah. Malah, dua adik-beradik perempuan telah ditempatkan di MAEPS, Serdang bagi menjalani fasa kuarantin, sementara seorang lagi kakaknya berada di pusat rawatan Sungai Buloh. Lebih menyayat hati, apabila abang iparnya dijemput Ilahi pagi semalam gara-gara virus ini.
Dari tujuh orang dekat rumah skrng tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat maeps, kakak aku lagi sorang dekat hospital sungai buloh , satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di hospital sungai buloh kerana covid. pic.twitter.com/ocf2xR9b0M
— yoyotode 🇲🇾 (@Zyxyo) January 19, 2021
Ujian kali ini amat berat untuk dilalui…semoga mak tabah menghadapi
Meskipun baru masuk tahun 2021, lelaki tersebut meluahkan rasa sayu kerana ujian yang diberi pada keluarganya kali ini memang sukar dilalui. Dalam pada itu, dia berharap ibunya turut tabah menghadapi walaupun terpaksa melihat satu demi satu ahli keluarga yang positif serta kematian seorang menantu. Justeru, dia sempat memohon doa supaya keluarganya segera bebas daripada wabak berkenaan.
Sumber: Twitter @Zyxzyo