Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

27th February 2020
in Berita Semasa
Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Beberapa hari lepas, sebuah video yang memaparkan gelagat seorang ustazah dipaksa merangkak sambil diperhatikan anak-anak muridnya di sebuah sekolah agama bertempat di Bagan Datuk telah menjadi topik perbualan hangat masyarakat. Walau bagaimanapun, perkara itu akhirnya bagaikan terkena batang hidung sendiri apabila perakam yang juga seorang ibu tersebut dikritik sanggup mencabar profesionalisme guru meskipun konflik berkenaan boleh dibawa ke meja perundingan.

BACA: Penangan Viral Video Merangkak, Ibu Murid Tampil Jumpa Ustazah & Mohon Maaf

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

Kami sekeluarga tertekan..

Rentetan daripada isu tersebut, terdapat pula beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan beberapa foto wajah wanita tersebut sekali gus mendedahkan identiti sebenarnya. Menerusi portal Sinar Harian baru-baru ini, suami kepada wanita berkenaan meluahkan bahawa keluarganya sangat tertekan apabila dilemparkan pelbagai fitnah susulan insiden tempoh hari. Dia juga memaklumkan bahawa sudah membuat laporan kepada pihak SKMM berhubung semua tuduhan tersebut.

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

“Saya rayu hentikan sebar gambar isteri…semuanya dah selesai”

Oleh sebab itu, dia sekali lagi memohon kerjasama semua pihak di luar sana agar berhenti menularkan sebarang visual atau berita yang tidak sahih mengenai video rakaman berdurasi 2 minit 17 saat tersebut. Terdahulu, isu tersebut dikatakan sudah menemui titik noktah apabila kedua-dua suami isteri ini telah bertemu dan memohon maaf kepada guru wanita berkenaan. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) turut memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku di sekolah agama berkenaan sudah pun dikenakan tindakan sewajarnya.

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

Sumber: Sinar Harian

Tags: dikecamfitnahibumerangkakmuridnetizenperakamtertekanustazah
Next Post
Tertekan Dikecam Ramai, Suami Rayu Henti Sebar Gambar Perakam Ustazah Merangkak

[FOTO] Lepas Muncul Di Majalah Popular, Gambar Terbaru Cik B Sekali Lagi Dipuji

Kain Chiffon Silk Mewah & Ringan untuk Penampilan Elegan
Smartphone Terbaik dengan Bateri Tahan Lama & Cas Pantas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)