Kemelut rumah tangga yang masih berterusan di antara pelakon lelaki popular tanah air Hafiz Roshdi dan bekas isterinya Shuhada Shukri belum menunjukkan sinar penghujung. Rumah tangga yang terbina sejak 30 April 2016 ini dikatakan teruji dek kerana pihak ketiga yang juga tular menyampai surat saman kepada Shuhada lewat petang kelmarin ( 25 Mac ). Belum reda dengan isu saman tersebut, media sekali lagi dikejutkan dengan kesihatan psikologi anak sulung kepada bekas pasangan tersebut iaitu Humairah.
BACA:Â Penyondol Hantar Surat Saman, Bekas Isteri Hafiz Roshdi Risau Tak Mampu Bayar
Anak Sulung Perlu Jalan Rawatan Psikiatri
Menerusi temubual bersama media, Shuhada telah mendedahkan bahawa anak perempuannya yang berusia 6 tahun itu perlu mendapatkan rawatan dI Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dek kerana perubahan yang berlaku kepada diri cahaya mata beliau. Bekas isteri Hafiz Roshdi yang kini berusia 29 tahun itu mendedahkan hal ini terjadi selepas Humairah telah mula mengetahui keadaan sebenarnya dan bekas suami selain kerap bertanya pelbagai soalan berkenaan perkara tersebut.
Perubahan Sikap Dalam Diri Humairah
Tambahnya lagi, perubahan dalam diri anak sulungnya itu dapat dilihat melalui mata yang menunjukkan rasa sedih. Hal ini amat berbeza dari sebelum ini kerana Humairah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan yakin. Menurut Shuhada, anak perempuannya itu turut berkelakuan seperti bayi di mana dia menginginkan perhatian yang lebih daripadanya sedangkan Humairah merupakan anak sulung.
Jangan Terlalu Bercerita Berkenaan Kemelut Rumah Tangga
Menutup bicara, usahawan wanita itu juga berkongsi nasihat doktor yang merawat anaknya di mana pakar kesihatan tersebut menasihati Shuhada agar tidak terlalu bercerita berkenaan kemelut rumah tangga di hadapan anak-anak dan menggalakkan aktiviti yang digemari mereka.
Kredit: Mstar